Awang jawab notis Anwar

Awang jawab notis Anwar

Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim, sudah menjawab dua notis tuntutan (LOD) berhubung dakwaan beliau mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

Awang yang juga bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia itu menjawab dua LOD membabitkan kenyataan fitnah di luar Parlimen terhadap Perdana Menteri, bertarikh 22 Februari lalu.



Notis tuntutan kedua membabitkan kenyataan fitnah yang dibuat kepada pemberita di luar Parlimen terhadap Perdana Menteri, bertarikh 24 Februari lalu.

Kedua-dua notis tuntutan itu dijawab Ahli Parlimen dari Perikatan Nasional (PN) itu melalui peguamnya, Thalia Rohaina Abdul Latiff dari Rohana & Co, dan diserahkan kepada wakil dari firma guaman, Tetuan S N Nair dan Partners yang mewakili Anwar.

Thalia Rohaina berkata, melalui jawapannya, berikutan anak guamnya dan Perdana Menteri adalah barisan kepimpinan negara, yang dipilih rakyat, maka adalah wajar untuk kedua-dua pihak bertindak secara lebih matang dan bijak dalam menangani sebarang masalah.

“Seharusnya segala permasalahan dapat diselesaikan dengan baik untuk kepentingan rakyat. Anakguam kami menyatakan, sebarang kenyataan sekiranya dikeluarkan adalah untuk menjadi pembangkang yang berdaya saing secara sihat dan dinamik.



“Ia demi membantu kerajaan supaya lebih kukuh dan cemerlang demi untuk kepentingan seluruh rakyat,” katanya kepada BH, di sini

Pada masa sama, Thalia Rohaina berkata, melalui jawapannya juga, kenyataan itu juga atas dasar tanggungjawab kepada rakyat dengan amanah diberikan selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Beliau berkata, anak guamnya terikat dengan tugas untuk memastikan pengorbanan rakyat itu dilaksanakan dengan sebaik mungkin selepas mendapat mandat dan kepercayaan rakyat.

“Bukan sahaja anak guam kami malah semua wakil rakyat di Malaysia adalah terikat akauntabiliti, ketelusan dan tatakelola dalam hal kepentingan rakyat.



“Oleh itu bukan sahaja kenyataan anakguam kami adalah satu pandangan berdasarkan ‘fair and bona fide comments’ adalah dilindungi undang-undang fitnah.

“Tetapi juga kenyataan anakguam kami untuk kepentingan rakyat ini adalah dilindungi serta dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan Malaysia atas kebebasan bercakap,” katanya.

Beliau berkata, Awang berhak membuat kenyataan atas kepentingan rakyat berdasarkan ‘qualified privilege’ sebagai seorang Ahli Parlimen dan juga ‘absolute privilege’ untuk semua kenyataan yang dibuat anakguam kami sebagai Ahli Parlimen di dalam Dewan Rakyat. BH

Awang jawab notis Anwar



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pukulan KO Jojo tumbangkan lawan hanya dalam 16 saat



Ini kata Erra tentang krisis rumah tangga bekas suaminya

Hafidz Roshdi dituduh mental dan psiko, masih berminat komen IG bekas isteri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker