Lapan calon naib presiden berentap
#pemilihanUMNO
Lapan calon naib presiden berentap
Lapan pemimpin sah akan merebut jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 18 Mac depan.
Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2023, Datuk Mustapha Yaakub ketika mengesahkan perkara itu memaklumkan, tiada pencalonan baru bagi jawatan itu diterima sehingga tempoh mengemuka pencalonan berakhir jam 5 petang tadi.
“Setakat ini lapan calon sehingga ditutup tadi. Esok pengerusi (Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2023, Tan Sri Shahrir Abdul Samad) akan umumkan senarai yang penuh dan rasmi.
“Ini termasuk jawatan tertinggi lain dan jumlah keseluruhan pencalonan yang diterima untuk pemilihan kali ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Lapan pemimpin itu termasuk dua penyandang iaitu Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Selain itu, Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Ir Hasni Mohamad; Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said; Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Hanya seorang penyandang Naib Presiden iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang juga Ahli Parlimen Bera mengesahkan tidak bertanding dalam pemilihan kali ini.
Sementara itu jurucakap parti itu yang dihubungi pula memaklumkan, lebih 90 calon mengesahkan bertanding jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bagi pemilihan kali ini.
Mereka akan bersaing bagi merebut 25 jawatan yang akan diisi, sementara bagi sayap wanita, membabitkan saingan dua penjuru antara Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad serta bekas ketua sayap itu, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.
Bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO dan Ketua Puteri UMNO pula, ia masing-masing membabitkan saingan lima dan enam calon. BH
Lapan calon naib presiden berentap
Baca Artikel Menarik:
- Nazifuddin Najib tanding Ketua UMNO Bahagian Langkawi
- Kenapa polis, SPRM perlu mendapatkan kebenaran Ketua Hakim untuk menyiasat salah laku
- Noraini sedia dicabar Shahrizat
- Ustaz Azhar Idrus kini dilarang berkuliah di Selangor
- Johari tanding naib presiden Umno
- Netizen doa isteri Hafidz Roshdi kuat, beri tips
- Anwar kembali bentang belanjawan negara selepas 26 tahun
- Pelajar tikam guru hingga mati, dakwa dirasuk
- E-Filing Tahun Taksiran 2022 dibuka mulai 1 Mac 2023
- Curi kereta di UK, jumpa di Thailand
- Hafidz Roshdi, isteri sah bercerai talak satu
- Adam Radlan bakal berdepan tuduhan ke-5 berkait Jana Wibawa
- Penuntut IPT beli ganja dari Thailand
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Datuk Seri Azlina mahu saman bekas suami RM10 juta (Video)
Syamsul Upah Peguam Untuk Ira Kazar, Puteri Sarah Kata ‘Bring It On’