Tragedi pusaran air, 2 beradik lemas di air terjun Sedim

Tragedi pusaran air, 2 beradik lemas di air terjun Sedim

ALOR SETAR: Dua beradik ditemui lemas selepas ditarik pusaran air di kawasan air terjun Sungai Sedim, Kulim.

Dalam kejadian 3.20 petang tadi, Mohamad Syafiq Yusof, 33, ditemui lemas ketika cuba menyelamatkan adiknya, Mohamad Syazwan, 25.



Ketua Polis Kulim, Mohd Redzuan Salleh, berkata sebelum kejadian, dua beradik itu dilaporkan mandi di air terjun itu bersama tiga rakan lain.

“Semasa mandi di kawasan lubuk kawah, tiba-tiba air berpusar dan menenggelamkan mereka semua. Empat daripada mereka menyelamatkan diri, tetapi Syazwan hilang dan disyaki lemas.

“Pada mulanya, Syafiq berjaya menyelamatkan diri, namun bertindak terjun semula ke dalam sungai untuk menyelamatkan adiknya. Bagaimanapun, dua beradik berasal dari Tasik Gelugor, Pulau Pinang itu turut lemas,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, penduduk kampung turut membantu dalam operasi mencari dan menyelamat sebelum menemui kedua-dua mangsa tenggelam di dasar sungai pada 3.55 petang.



“Mayat dua beradik itu dihantar ke Hospital Kulim untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan mati mengejut.” FMT

Tragedi pusaran air, 2 beradik lemas di air terjun Sedim

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Datuk Seri Azlina mahu saman bekas suami RM10 juta (Video)

Syamsul Upah Peguam Untuk Ira Kazar, Puteri Sarah Kata ‘Bring It On’



Zarina jawab tuduhan Khazrul

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker