Bas ekspres dilanggar lori tangki

3 penumpang cedera

Bas ekspres dilanggar lori tangki

KULAI – Seramai 24 penumpang berdepan detik cemas selepas bas ekspres dinaiki mereka dirempuh lori tangki dari belakang di Kilometer 16 Lebuh raya Utara-Selatan arah Selatan, di sini awal pagi Ahad

Ketua Polis Daerah Kulai, Superitenden Tok Beng Yeow berkata, kemalangan jam 4.20 pagi itu menyebabkan bas itu terbabas dan terbalik di laluan bertentangan.

Katanya, kejadian menyebabkan tiga penumpang bas mengalami cedera ringan manakala pemandu bas dan pembantunya tidak cedera.

“Siasatan awal mendapati pemandu lori tangki dipandu lelaki berusia 46 tahun dari arah Sungkai, Perak yang dalam perjalanan ke Johor Bahru, terlanggar bahagian belakang bas.

“Kemalangan menyebabkan bas ekspres terbabas dan terbalik di laluan bertentangan namun hanya tiga penumpang mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam satu kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sinar

Bas ekspres dilanggar lori tangki

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Datuk Seri Azlina mahu saman bekas suami RM10 juta (Video)

Syamsul Upah Peguam Untuk Ira Kazar, Puteri Sarah Kata ‘Bring It On’

Zarina jawab tuduhan Khazrul

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker