Ini kata Erra tentang krisis rumah tangga bekas suaminya

Ini kata Erra tentang krisis rumah tangga bekas suaminya

Selebriti jelita Erra Fazira tidak tahu menahu tentang krisis rumah tangga yang sedang melanda bekas suaminya, Engku Emran bersama isteri, Noor Nabila yang kini dikhabarkan sedang berantakan dan bakal berakhir dengan perceraian.

Bahkan Erra atau nama lengkapnya Fazira Wan Chek juga tidak mahu masuk campur tentang urusan rumah tangga mereka kerana menghormati kehidupan pasangan itu.

“Secara jujurnya saya tidak masuk campur urusan bekas suami saya walaupun kami mempunyai anak yang menjadi perantara antara kami.

“Saya menghormati kehidupan dia. Saya sendiri pun tidak pernah tanya masalahnya. Antara saya dengan Engku Emran hanyalah disebabkan anak kami, Engku Aleesya,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ujar pelakon dan penyanyi berusia 49 tahun itu lagi, dia enggan mengambil tahu kisah tentang bekas suaminya itu kerana tidak mahu anaknya terganggu dengan cerita melibatkan bapanya.

Bahkan, Erra turut mengakui tidak tahu menahu apa yang terjadi membabitkan rumah tangga Engku Emran bersama Noor Nabila dan hanya mengetahui perkara tersebut melalui laporan media.

“Saya menghormati anak saya. Saya tidak mahu Aleesya terganggu kalau saya tanya tentang bapanya. Saya hanya buat seperti baisa sahaja.

“Kalau dia mahu kongsikan, boleh. Kalau tidak mahu pun, tak mengapa. Sehingga ke hari ini memang saya tidak tahu apa-apa. Saya tahu pun hanya melalui laporan media sahaja,” katanya.

Ketika disoal jika Aleesya ada meluahkan perasaan tentang bapanya, pelakon filem Pasrah itu berkata sehingga kini anak tunggalnya berusia 13 tahun itu tidak pernah bercerita apa-apa tentang Engku Emran.

“Aleesya tidak ada bercerita apa-apa. Saya pun tidak bertanya sebab takut emosinya terganggu. Tapi kalau dia mahu kongsikan juga, saya akan jadi pendengar yang baik.

“Saya sama seperti anda semua, tertanya-tanya adakan mereka (Engku Emran dan Noo Nabila) masih bersama atau tidak? Saya pun tidak tahu,” jelasnya.

Kata Erra lagi, dia mengenali Engku Emran sebagai seorang lelaki yang perahsia dan secara kebetulan, dia berkahwin dengan seseorang yang dikenali ramai. Maka orang ingin tahu tentang kehidupan peribadinya.

Berhubung konflik yang melanda pasangan itu, Erra percaya tiada siapa yang mahukan perceraian dalam perkahwinan mereka.

Namun figura itu tidak menolak seandainya perpisahan itu terjadi mungkin disebabkan terdapat masalah yang tidak dapat diselesaikan.

“Dalam kehidupan berumah tangga, saya percaya tiada siapa yang mahukan perceraian. Tapi kalau bercerai juga, mungkin ada masalah yang tidak boleh dibendung lagi.

“Tapi apa pun, janganlah menghukum seseorang dengan tuduhan yang bukan-bukan. Sebab kehidupan kita sendiri pun, kita tidak tahu.

“Walaupun saya pernah hidup bersama dengannya (berkahwin dengan Engku Emran), tapi saya tidak menilainya sebab itu adalah takdir,” kata Erra

Berhubungan anaknya, Engku Aleesya, Erra berkata dia selalu berpesan kepadanya supaya ingat bahawa dirinya tidak pernah miskin daripada kasih sayang daripada kedua-dua belah pihak walaupun ibu bapanya sudah bercerai.

“Kasih sayang Aleesya cukup baik daripada pihak saya mahu pun bapanya. Kalau orang lain yang mana ibu bapanya bercerai, mungkin nasib mereka berbeza. Tapi tidak bagi Aleesya,” tegas Erra.

Terdahulu sebelum ini dilaporkan bahawa rumah tangga antara Engku Emran dan Noor Nabila yang juga kakak kepada Neelofa sedang meniti fasa perceraian.

Kedua-dua pasangan itu dikatakan sudah tidak lagi tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu. Malah Noor Nabila juga sudah memadam semua foto suaminya dalam media sosial.

Sebelum berkahwin dengan Nabila, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan Erra Fazira pada 2007, namun bercerai pada 2014. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya.

Engku Emran juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata. K Online

Ini kata Erra tentang krisis rumah tangga bekas suaminya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Datuk Seri Azlina mahu saman bekas suami RM10 juta (Video)

Syamsul Upah Peguam Untuk Ira Kazar, Puteri Sarah Kata ‘Bring It On’

Zarina jawab tuduhan Khazrul

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker