Malaysia Airlines sasaran waris Sultan Sulu seterusnya – Azalina

Pihak yang menuntut kini menyasarkan aset lain melibatkan Malaysia, kata menteri undang-undang dan reformasi institusi itu.

Malaysia Airlines sasaran waris Sultan Sulu seterusnya – Azalina

Kerajaan percaya Malaysia Airlines dan Agensi Perkapalan Boustead menjadi sasaran seterusnya pihak yang mengisytiharkan diri sebagai waris Sultan Sulu terakhir, kata Azalina Othman Said.

Menteri undang-undang dan reformasi institusi itu berkata, strategi pihak yang menuntut itu adalah menyasarkan aset komersial, sambil menambah, “mereka telah cuba segala-galanya” dan kini menyasarkan aset lain melibatkan Malaysia.

“Kita perlu sangat-sangat peka tentang (perkara) ini,” katanya.

Baru-baru ini dilaporkan bahawa bailif mahkamah Luxembourg mengeluarkan perintah rampasan baharu terhadap dua unit Petronas, berikutan permohonan waris Sultan Sulu itu untuk menguatkuasakan anugerah USD15 bilion (RM66 bilion) yang mereka menangi terhadap Malaysia.

Anugerah itu diberikan oleh mahkamah timbang tara Perancis tahun lepas. FMT

BERITA LANJUT MENYUSUL

Malaysia Airlines sasaran waris Sultan Sulu seterusnya – Azalina

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pukulan KO Jojo tumbangkan lawan hanya dalam 16 saat

Ini kata Erra tentang krisis rumah tangga bekas suaminya

Hafidz Roshdi dituduh mental dan psiko, masih berminat komen IG bekas isteri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker