Adakah PN beri peruntukan sama rata semasa jadi kerajaan, soal Zahid

Adakah PN beri peruntukan sama rata semasa jadi kerajaan, soal Zahid

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi menolak gesaan pemimpin Perikatan Nasional (PN) supaya peruntukan sama rata diberikan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

“Saya nak tanya balik, adakah (PN) beri peruntukan sama rata sebelum ini (semasa menjadi kerajaan)?” soal Zahid pada sidang media hari ini.



Ahli Parlimen pembangkang hanya diberi peruntukan sama rata bawah pentadbiran Ismail Sabri Yaakob, selepas memorandum persefahaman ditandatangani antara kerajaan ketika itu dan Pakatan Harapan (PH).

Semalam, Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin memberitahu Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa beliau akan mendapat “markah lebih” jika memberikan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Ahli Parlimen PN Arau Shahidan Kassim turut membidas kerajaan berhubung kekurangan peruntukan untuk Ahli Parlimen pembangkang dalam belanjawan persekutuan, selepas Anwar membentangkan Bajet 2023 Jumaat lepas. FMT

BERITA LANJUT MENYUSUL



Adakah PN beri peruntukan sama rata semasa jadi kerajaan, soal Zahid

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pukulan KO Jojo tumbangkan lawan hanya dalam 16 saat



Ini kata Erra tentang krisis rumah tangga bekas suaminya

Hafidz Roshdi dituduh mental dan psiko, masih berminat komen IG bekas isteri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker