Hakimi disiasat dakwaan rogol

Hakimi disiasat dakwaan rogol

Bintang Maghribi dan Paris Saint-Germain, Achraf Hakimi sedang disiasat atas dakwaan merogol seorang wanita di kediamannya ketika isteri dan anak-anaknya sedang bercuti.

Pihak pendakwaraya Perancis memulakan siasatan selepas seorang wanita berusia 23 tahun memberitahu polis dia dirogol pemain berkenaan tetapi tidak mahu memfailkan dakwaan.



Dia memberitahu pegawai polis yang dia hanya mahu membuat kenyataan berkenaan kes rogol, tetapi pihak pendakwaraya meneruskan siasatan.

Menurut laporan media Perancis, pertahanan berusia 24 tahun itu mula berkomunikasi dengan wanita berkenaan pada 16 Januari lalu menerusi Instagram.

Dia kemudian dikatakan menjemput wanita itu ke rumahnya di Boulogne pada Sabtu dengan menggunakan khidmat Uber.

Isteri Hakimi, pelakon Hiba Abouk, ketika ini berada di Dubai bersama dua anak lelaki mereka.



Wanita berkenaan memberitahu, sebaik tiba di kediaman Hakimi, pemain bola sepak itu mula mencabulnya dan dia berjaya melepaskan diri selepas menendangnya.

Hakimi belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kes ini.

Nama Hakimi semakin menyinar selepas membantu Maghribi mara ke separuh akhir Piala Dunia di Qatar. BH

Hakimi disiasat dakwaan rogol



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pukulan KO Jojo tumbangkan lawan hanya dalam 16 saat



Ini kata Erra tentang krisis rumah tangga bekas suaminya

Hafidz Roshdi dituduh mental dan psiko, masih berminat komen IG bekas isteri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker