Pemilihan Umno: Yang sekepala, yang lama dan yang baru

Pemilihan Umno: Yang sekepala, yang lama dan yang baru

Setakat ini tujuh pemimpin tampil mengemukakan pencalonan bagi jawatan naib presiden Umno dalam pemilihan parti itu yang bakal berlangsung pada 18 Mac nanti.

Mereka terdiri daripada dua penyandang iaitu Khaled Nordin dan Mahdzir Khalid serta lima calon baru yang menyahut seruan demokrasi parti.

Penyertaan lain ialah Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail; bekas menteri besar Johor, Hasni Mohammad; bekas menteri perumahan dan kerajaan tempatan, Reezal Merican Naina Merican; Ahli Parlimen Titiwangsa, Johari Ghani dan Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Azalina Othman Said.

Keputusan saingan merebut tiga jawatan naib presiden ini dilihat sukar dijangka.

Jika pengalaman dan latar belakang diambil kira, pencalonan tujuh tokoh Umno itu pastinya menyukarkan perkiraan para perwakilan untuk memilih siapakan tiga daripada mereka yang paling layak berada di posisi berkenaan.

Di atas kertas sudah tentu Khaled dan Mahdzir dilihat mempunyai kelebihan selaku penyandang, namun percaturan saingan calon-calon baru juga tidak boleh dipandang sebelah mata.

Khaled sebagai orang lama mungkin boleh ditafsir sebagai orang kanan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, manakala Mahdzir dilihat dengan kecenderungan sebaliknya apabila tidak terlalu menonjol dalam proses pembentukan kerajaan perpaduan PN-BN pasca-PRU15.

Selain itu pengumuman bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob untuk tidak mempertahankan jawatan naib presiden pula menghadirkan tanda tanya apakah petanda di sebalik keputusan itu?

Ahli Parlimen Bera itu menafikan tanggapan yang melihat langkahnya itu sebagai penamat ranjau dan liku-liku perjuangan politiknya.

Calon sekepala

Sementara itu, Zahid sebagai presiden pasti mahukan ‘anak buah yang sekepala’ yang mampu menjadi pendukung setiap strategi dan hala tuju parti yang diketengahkannya.

Di antara tujuh calon naib presiden itu, beberapa orang dikenal pasti sebagai orang kepercayaan Zahid atau sekurang-kurangnya memilih kedudukan bebas memandangkan Umno turut terpalit dengan kem kepimpinan tersendiri.

Langkah Umno melakukan ‘pemutihan’ yang menyaksikan pemecatan dan penggantungan beberapa pemimpin sebelum ini juga berkemungkinan memberi kesan tersendiri dan perwakilan yang mengundi bakal menunjukkan arah sebenar yang diingini mereka.

Ini kerana sebelum ini terdapat pimpinan yang dilihat kurang senang dengan langkah Umno untuk bekerjasama dengan PH bagi membentuk kerajaan persekutuan susulan tiada parti mencapai majoriti mudah selepas PRU15.

Sementara itu di peringkat ahli majlis kerja tertinggi (MKT) Umno, posisi itu bakal diisi dengan 25 pimpinan daripada 74 calon yang dilapor mengambil bahagian setakat ini.

Di peringkat sayap Wanita, Pemuda dan Puteri juga bakal menyaksikan persaingan menarik khususnya apabila membabitkan tokoh yang membuat penampilan semula.

Setakat ini bekas ketua wanita Umno Shahrizat Jalil mengesahkan untuk kembali merebut jawatan itu dan akan menentang penyandangnya Noraini Ahmad.

Bagi jawatan ketua Pemuda Umno pula bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Arman Azha Abu Hanifah, Akmal Salleh, Meor Hassan Mat Ali dan Syed Rosli Syed Harman bagi menggantikan posisi yang ditinggalkan Asyraf Wajdi Dusuki.

Persaingan bagi ketua puteri Umno pula dilaporkan setakat ini akan menyaksikan pertandingan enam penjuru antaranya ahli MKT Umno Khaidirah Abu Zahar; Naib Ketua Puteri Umno; Nurul Amal Mohd Fauzi; Exco Puteri Umno, Fadhwa Anuar; Ketua Puteri Umno Bahagian Lembah Pantai; Dr Masliha Harun dan Setiausaha Puteri Umno, Nurul Hazwani Haslan. Mk

Pemilihan Umno: Yang sekepala, yang lama dan yang baru

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pukulan KO Jojo tumbangkan lawan hanya dalam 16 saat

Ini kata Erra tentang krisis rumah tangga bekas suaminya

Hafidz Roshdi dituduh mental dan psiko, masih berminat komen IG bekas isteri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker