Pemandu hilang kawalan disyaki punca empat rentung

Kemalangan maut di Kilometer (km) 220 Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (WCE) arah utara petang tadi dipercayai berpunca daripada pemandu yang hilang kawalan terhadap kenderaan dipandunya.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira pukul 5.15 petang apabila sebuah kereta jenis Proton Saga Iswara dari Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut melalui Tol Sitiawan Utara menghala ke Ipoh.

“Apabila sampai di KM220 WCE arah utara, disyaki pemandu motokar telah hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar besi penghadang jalan sebelum masuk ke dalam longkang di bahu kiri jalan serta hangus terbakar.



“Pemandu motokar seorang lelaki Cina berumur 56 tahun, penumpang hadapan seorang lelaki India (56 tahun) serta penumpang belakang lelaki Cina masing-masing berusia 45 dan 53 tahun rentung terbakar dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Sementara seorang penumpang belakang lelaki Melayu berusia 54 tahun mengalami cedera parah dan dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada masa sama, menurut beliau, kesemua yang terlibat dalam kemalangan tersebut ialah warga tempatan dan berasal dari Ipoh.

Beliau memberitahu, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987.



“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil untuk membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat ttqfik, Inspektor Lily Suryana Roslaili di talian 013-6559693

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Danny-Fateha, kenal 5 hari, nikah dua minggu akhirnya bercerai

Masya Masyitah tayang paha pulak, siap peluk siapa tu?



Kisah dicintai Azwan Ali, respon Ziana Zain memang ‘deep’

Silap-silap PH/BN yang menang 6-0 atau menang 5-1



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker