Wanita bersama 2 lelaki lakukan seks di atas jejantas ditahan

Wanita bersama 2 lelaki lakukan seks di atas jejantas ditahan

Polis wilayah Phitsanulok, Thailand menahan dua lelaki dan seorang wanita kerana melakukan hubungan intim di atas sebuah jejantas pada siang hari, lapor laman berita Thaiger.

Akaun Facebook laman berita tempatan, Esor News 2 memuat naik sekeping gambar memaparkan perbuatan pasangan berkenaan melakukan seks di atas jejantas.

“Pasangan muda mahukan suasana baru, memilih untuk melakukan hubungan di atas jejantas pejalan kaki di Phitsanulok pada waktu siang.

Jejantas itu terletak di hadapan sebuah kolej teknikal di wilayah itu,” demikian kapsyen hantaran tersebut.

Papan tanda besar yang dipasang pada dinding jejantas tersebut didapati menghalang pandangan pemandu yang lalu lalang.

Selepas gambar itu tular, pegawai di Balai Polis Mueang Phitsanulok memeriksa rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) dan mendapati sebenarnya terdapat tiga orang yang terlibat ketika kejadian.

Polis berkata mereka melakukannya secara bergilir-gilir, demikian menurut akhbar MGR Online.

Di lokasi kejadian, polis menemui dua bantal dan sehelai selimut tetapi tiga individu tersebut tidak ditemui. Mereka kemudian ditahan selepas dijejaki polis.

Kesemua suspek didenda 500 baht (RM63.75) setiap seorang sebelum dibebaskan. Ketiga-tiga mereka didapati adalah gelandangan dan penagih dadah. K Online

Wanita bersama 2 lelaki lakukan seks di atas jejantas ditahan

Wanita bersama 2 lelaki lakukan seks di atas jejantas ditahan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pukulan KO Jojo tumbangkan lawan hanya dalam 16 saat

Ini kata Erra tentang krisis rumah tangga bekas suaminya

Hafidz Roshdi dituduh mental dan psiko, masih berminat komen IG bekas isteri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker