Janda dibunuh, dicincang oleh skandal

Janda dibunuh, dicincang oleh skandal

Mayat seorang ibu tunggal ditemui di balkoni sebuah rumah dalam keadaan sangat menyayat hati di mana anggota badannya telah dikerat dan dicincang.

Mangsa yang dikenali sebagai Ayumi Ito berasal dari Jepun dipercayai dibunuh oleh kekasih gelapnya, Tsuchiya yang juga merupakan suami orang. Menurut sumber, suspek dan Ayumi bertemu pada tahun 2022 dan mereka kemudian dipercayai menjalinkan hubungan sulit. Namun siapa sangka, hubungan mereka akhirnya membawa kepada satu tragedi ngeri.



Menurut sumber, mayat Ayumi ditemukan di balkoni rumah dan di dalam kereta suspek. Polis turut menemui kereta mangsa yang diletakkan kira-kira 280 meter dari rumah suspek. Susulan penemuan mayat tersebut, suspek telah ditahan dan semasa soal siasat, suspek mengaku telah memukul kepala mangsa dengan objek tumpul semasa mangsa berada di dalam kereta.

Tidak cukup dengan itu, suspek bertindak menjerut leher mangsa menggunakan tali sebelum dia akhirnya mencincang mayat mangsa di rumahnya. Menurut pihak polis, jiran tetangga melaporkan ada terdengar bunyi mencurigakan datang dari rumah suspek pada malam 20 atau 21 Februari lalu. OB
Sumber: The Straits Times

Janda dibunuh, dicincang oleh skandal

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wabak Wahan sedang menyerang umat Islam ketika ini

Peragut Dikejar Ford Mustang (Video)



Punca nafsu seks wanita berkurangan (Bahagian 1)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker