Maut dirempuh pemandu mabuk kerana tegur bunyi bising

Maut dirempuh pemandu mabuk kerana tegur bunyi bising

MELAKA – “Ayah cuma tegur mereka supaya perlahankan sikit muzik sebab sudah pukul 3 pagi tapi tak sangka pula pemandu kereta yang dilihat dalam keadaan mabuk itu tergamak patah balik dan merempuh ayah sehingga meninggal dunia,”

Demikian dakwa anak kepada pesara berusia 57 tahun yang meninggal dunia di Hospital Melaka pada pukul 2.04 petang semalam selepas kira-kira 11 jam bertarung nyawa akibat dirempuh seorang pemandu dipercayai mabuk dalam kejadian kira-kira 2.45 pagi kelmarin (Isnin).

Menurutnya sebelum kejadian sekitar 12 tengah malam, dia terlihat dua lelaki berkenaan sedang minum minuman keras di dalam sebuah kereta jenis Perodua Axia di belakang sebuah restoran di Plaza Pandan Malim di sini.

“Sekitar pukul 2.40 pagi, saya dan ayah terjaga dari tidur selepas terdengar bunyi muzik yang terlalu kuat dari arah kawasan parkir di belakang bangunan plaza berkenaan yang mengadap rumah kampung kami di Batu 3 1/2, Kampung Padang, Jalan Pokok Mangga.

“Ayah kemudian pergi menegur mereka namun dibalas dalam bahasa yang tidak difahami sebelum kedua-dua mereka beredar meninggalkan kawasan terbabit,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Menurutnya kira-kira 10 minit kemudian, kedua-dua lelaki berkenaan kembali semula ke kawasan berkenaan dan melakukan beberapa pusingan menaiki kereta sama dengan memasang muzik yang lebih kuat sebelum beredar meninggalkan kawasan itu.

Namun katanya, mereka sekali lagi datang membuat bising selang beberapa minit kemudian membuatkan dia dan ayahnya terpaksa keluar untuk meminta kedua-dua lelaki berkenaan beredar.

“Namun secara tiba-tiba kereta itu cuba merempuh saya tapi mujurlah saya sempat mengelak dan berlari ke arah belakang sebuah restoran 24 jam bangunan plaza berkenaan.

“Kereta itu kemudian berpusing dan menuju ke arah ayah yang tidak sempat mengelak membebabkannya hanya mampu berpaut di atas bonet dan terseret sejauh kira-kira 20 meter ke arah belakang kedai

“Saya kemudian terlihat ayah terjatuh dan belakang kepalanya berlumuran darah mungkin akibat terhantuk pada tebing batu longkang sebelum kedua-dua lelaki itu terus memecut kenderaan meninggalkan lokasi,” katanya sambil menambah kejadian turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) kedai berhampiran.

Tambahnya dalam keadaan panik itu, dia segera menerpa ke arah bapanya yang ketika itu sudah nazak sebelum segera menghubungi ambulans yang membawanya ke Hospital Melaka.

“Selepas beberapa jam menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana mengalami pendarahan dalam kepala, ayah disahkan meninggal dunia pada pukul 2.04 petang semalam meninggalkan ibu dan kami tujuh beradik.

“Saya kesal kerana kejadian ini hanya disebabkan teguran ayah yang meminta si pelaku tidak membuat bising dan berharap pihak polis dapat mengheret mereka ke muka pengadilan,” katanya.

Tambahnya, proses bedah siasat dijangka dilakukan hari ini sebelum jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Padang sebaik selesai proses berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit ketika dihubungi MG malam tadi meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden berkenaan.

“Setakat malam ini, polis berjaya menahan seorang lelaki warga negara India berusia 28 tahun untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

“Kita masih mengesan seorang lagi lelaki tempatan berusia 27 tahun untuk membantu kes dan berharap orang ramai dapat bersabar serta menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk melakukan siasatan.

“Janganlah membuat sebarang spekulasi yang dikhuatiri mengganggu siasatan selain demi menghormati sensitiviti masyarakat khususnya pihak keluarga dalam kejadian ini,” katanya. MG

Admin: Sekiranya berlaku situasi seperti ini, lebih baik hubungi pihak polis. Jangan kita pula pergi berdepan dengan mereka. Biar polis ‘handle’.

Maut dirempuh pemandu mabuk kerana tegur bunyi bising

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wabak Wahan sedang menyerang umat Islam ketika ini

Peragut Dikejar Ford Mustang (Video)

Punca nafsu seks wanita berkurangan (Bahagian 1)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker