Tesla bakal buka ibu pejabat di Malaysia

Tesla bakal buka ibu pejabat di Malaysia

Tesla akan membuka sebuah ibu pejabat di Malaysia, memperkenalkan Pusat Pengalaman dan Pusat Servis Tesla serta mewujudkan rangkaian pengecas Supercharger di Malaysia.

Ini selepas Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah meluluskan permohonan Tesla untuk mengimport Bateri Kenderaan Elektrik (BEV) ke Malaysia.



Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata kehadiran pengeluar kereta elektrik di Malaysia dijangka akan mewujudkan peluang pekerjaan yang mampu menawarkan gaji lebih baik bagi segmen BEV dan meningkatkan penyertaan syarikat tempatan dalam ekosistem Tesla di peringkat domestik dan global.

“Kami gembira dengan keputusan Tesla untuk turut serta dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) di Malaysia. Ini membuktikan keyakinan Tesla terhadap asas ekonomi dan persekitaran perniagaan yang kondusif di Malaysia.

“Walaupun telah banyak jenama global utama memilih untuk melabur di Malaysia, MITI dan agensinya akan terus meningkatkan usaha dalam meningkatkan kemudahan menjalankan perniagaan, sambil terus menaikkan profil Malaysia sebagai negara pro-perdagangan, pro-industri dan pro-pelaburan.

“Kami juga akan memanfaatkan ekosistem elektrik dan elektronik (E&E) secara strategik bagi menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan bagi teknologi berkaitan mobiliti elektrik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.



Kemasukan Tesla ke Malaysia telah dipermudahkan oleh MITI melalui pengenalan inisiatif ‘BEV Global Leaders’ bagi tujuan membantu meningkatkan permintaan BEV dalam pasaran tempatan dan menggalakkan pembangunan keseluruhan ekosistem untuk menyokong penggunaan BEV.

Di samping itu, inisiatif ini bertujuan untuk mendapatkan pelaburan daripada syarikat pengeluar BEV global terkemuka di Malaysia.

Tesla ialah pemohon pertama inisiatif oleh MITI ini.

Tesla bakal buka ibu pejabat di Malaysia



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wabak Wahan sedang menyerang umat Islam ketika ini



Peragut Dikejar Ford Mustang (Video)

Punca nafsu seks wanita berkurangan (Bahagian 1)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker