Mentega Terbang, Jakim diarah ambil tindakan – Menteri

Mentega Terbang, Jakim diarah ambil tindakan – Menteri

Kandungan filem “Mentega Terbang” jelas bertentangan akidah dan cara kehidupan umat Islam tempatan, tegas Menteri Hal Ehwal Agama, Mohd Na’im Mokhtar.

Justeru, beliau mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menghantar laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) agar tindakan diambil terhadap filem kontroversi itu.

“Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) juga telah diminta untuk memanggil pihak-pihak yang terbabit dengan penerbitan filem ini untuk urusan selanjutnya.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sama sekali tidak akan berkompromi dengan apa jua kandungan penerbitan yang boleh mencemarkan kesucian agama Islam, lebih-lebih lagi yang boleh mengundang kontroversi,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, tular sedutan babak tertentu dalam filem itu yang memaparkan watak utama bernama Aisyah tanpa berselindung meminta daging khinzir daripada rakan bukan Islamnya untuk dimakan, selain bapanya membenarkan Aisyah keluar dari Islam dan memeluk agama lain.

Sedutan babak itu mengundang amarah di platform media sosial, dengan warganet mempersoalkan bagaimana filem itu dibenarkan untuk tontonan umum.

Na’im mengingatkan penggiat seni supaya lebih berhati-hati dalam menerbitkan karya mereka kepada masyarakat.

“Masyarakat juga dinasihatkan lebih berhati-hati dalam memilih rancangan televisyen untuk tontonan seisi keluarga, sama ada di platform dalam talian mahupun mana-mana saluran agar tidak terdedah kepada unsur yang boleh menjejaskan akidah Islam.”

Mentega Terbang arahan Khairi Anwar ditayangkan di platform penstriman Viu atau aplikasi telefon pintar secara percuma sejak 19 Jan lalu.

Filem yang dibarisi pelakon Syumaila Salihin, Firdaus Karim, Nik Waheeda, Arjun Thanaraju, Khairunazwan Rodzy, Shyamala Kandapper dan Jsebel Lee mengisahkan perjalanan seorang remaja mencari jawapan bagaimana kehidupan selepas kematian. FMT

Mentega Terbang, Jakim diarah ambil tindakan – Menteri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya tak peduli kalau dia hamil – Puteri Sarah

Janda dibunuh, dicincang oleh skandal

Punca nafsu seks wanita berkurangan (Bahagian 2)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker