Fasha Sandha kena belasah?

Fasha Sandha kena belasah?

Malang tidak berbau apabila pelakon berkaliber Fasha Sandha mengalami kecederaan pada mata kirinya selepas terhentak pada bucu katil sewaktu menjalani penggambaran sebuah drama di selatan tanah air.

Disebabkan kemalangan tersebut, Fasha, 39, mengalami patah tulang mata kiri selain pendarahan bebola matanya, bengkak dan sedang dirawat di salah sebuah hospital pakar di Johor Bahru.

Menerusi kenyataan yang dikongsikan wakil kepada Fasha dalam Instagramnya, bahawa pelakon itu mengalami kecederaan ketika sedang menjayakan satu babak pergaduhan bersama aktor Azhan Rani untuk drama berjudul Anak Tuan arahan Along Kamaludin.

“Maaf kakak (Fasha) sedang berehat secukupnya. Kakak mengalami kecederaan akibat terjatuh ketika berlakon di set penggambaran Anak Tuan untuk siaran TV3 pada 1 Mac (pagi semalam).

“Mata dan kepalanya terhentak pada bucuk katil yang tajam. Tulang mata kirinya patah dan bebola mata berdarah serta bengkak. Kakak sedang dirawat di sebuah hospital pakar di Johor Bahru. Insya-Allah akan dipindahkan ke sebuah hospital di Kuala Lumpur pada petang ini atau esok.

“Mohon jasa baik peminat dan keluarga untuk mendoakan kesihatan kakak,” tulisnya.

Menerusi video sedutan babak drama yang dikongsikan, kelihatan Azhan menarik rambut isteri kepada pelakon Aidil Aziz itu dalam sebuah rumah kampung sebelum menolak aktres terbabit sehingga kepalanya terhantuk pada bucu katil.

Berhubung kejadian malang tersebut, pihak produksi telah tampil memohon maaf kepada Fasha dan keluarganya atas apa yang berlaku.

Bagaimanapun, pemenang Pelakon Terbaik Drama Anugerah Skrin 2017 itu enggan menyalahkan mana-mana pihak kerana menganggap kejadian yang terjadi itu berlaku di luar jangkaan sesiapa pun.

“Kata kakak, tiada siapa yang harus dipersalahkan kerana kemalangan ini terjadi di luar jangkaan kita. Insya-Allah saya akan kongsi perkembangan dari semasa ke semasa. Terima kasih,” ujarnya.

Dalam ruangan komen, ramai rakan artis meninggalkan komen mendoakan agar ibu kepada tuga cahaya mata itu segera sembuh, termasuk Azhan Rani sendiri.

“Insya-Allah. Berehat dulu, jangan fikir pasal kerja. Saya doakan semua dipermudahkan. Apa-apa nanti kongsi perkembangan terkini,” ujarnya.

Sementara itu, rata-rata netizen juga percaya pelakon Azhan Rani tidak sengaja menyebabkan kecederaan Fasha sewaktu menjayakan babak untuk drama tersebut dan meminta supaya pelakon metod itu tidak menyalahkan diri sendiri.

“Abang jangan salahkan diri sendiri. Semoga abang dan Fasha mendapat nikmat yang besar,” kata seorang netizen.

“Bersabarlah bang. Berlakon pun bukan kita nak buat betul-betul. Bala tidak mengenal tempat,” kata seorang pengguna Instagram.

“Kejadian tidak sengaja. Semoga abang Azhan Rani tidak salahkan diri sendiri,” ujar seorang lagi netizen. K Online

Fasha Sandha kena belasah?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya tak peduli kalau dia hamil – Puteri Sarah

Janda dibunuh, dicincang oleh skandal

Punca nafsu seks wanita berkurangan (Bahagian 2)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker