Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street

Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street

Pada awal Februari lalu Pejabat Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) menamakan Petaling Street sebagai kawasan wilayah yang terlibat dalam aktiviti cetak rompak dan tiruan.

Baru-baru ini portal WORLD OF BUZZ melaporkan seorang pelajar dikenali sebagai Ching didatangi seorang jurujual yang memujuknya untuk membeli screen protector dan phone case pada harga RM25 sahaja. Ching bersetuju kerana telefonnya memerlukan screen protector baharu.



Kemudian jurujual meminta kad pengenalannya secara tiba-tiba.

“Dia berkata dia perlu mendaftarkan insurans untuk screen protector dengan IC saya, dan saya boleh menuntut daripada insurans jika screen protector saya rosak,” kata Ching.

Pelajar itu beranggapan bahawa insurans itu sama dengan waranti, Ching bersetuju selepas memastikan ‘tiada caj tambahan’ akan dikenakan. Apabila proses itu diselesaikan, jurujual mengklik pada skrin komputer dan menunjukkan harganya penuh adalah RM2,124.

Di mana RM2099 untuk insuran dan RM25 pula untuk screen protector serta phone case.



Terkejut dengan harga yang tertera, Ching meminta penjelasan lanjut dan jurjual terbabit berulang-ulang kali menegaskan dia ingatkan pelajar itu tahu RM2,099 untuk insuran dan transaksi itu sudah tidak boleh dibatalkan kerana ia sudah didaftarkan dalam sistem komputer.

Memandangkan ketika itu Ching hanya mempunyai RM1,700 sahaja di dalam akaun bank, dia membayar sahaja RM1,575 dan beranggapan harga insuran untuk screen protector yang baharu dibelinya itu adalah murah.

Bagaimanapun apabila pulang ke rumah dan bercakap dengan rakan-rakannya mengenai perihal tersebut. Ching mendapati tiada resit diberikan untuk transaksi tersebut memandangkan dia membayar RM1,575 secara tunai.

Ching memutuskan untuk membuat laporan polis berikutan cadangan netizen, serta mangsa kes serupa di tempat yang sama.



Bercakap kepada WORLD OF BUZZ, Ching berkata bahawa dia menghubungi DAP di Bukit Bintang, yang mencadangkan dia membuat laporan polis di balai polis Dang Wangi. Selepas beberapa kerumitan, Ching berkata bahawa dia akhirnya telah mendapatkan semula RM1,575 malam tadi (1 Mac).

“DAP Bukit Bintang berkata saya bukan mangsa pertama, kerana terdapat banyak kes serupa, tetapi mereka tidak dapat membantu kerana maklumat tidak mencukupi,” kata Ching.

Pelajar itu menyeru mangsa-mangsa lain yang pernah ‘terkena’ di kawasan berkenaan untuk tampil membuat laporan supaya tindakan lanjut dapat dibuat oleh pihak berkuasa.

Ching jugak mengingatkan semua orang supaya sentiasa memberi perhatian, berhati-hati dengan jurujual yang ‘manis mulut’. Pada masa sama lebih baik untuk merakamnya sepanjang berada di kawasan kedai berkenaan untuk dijadikan bukti jika berlaku apa-apa. Vc



Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul, lepaskan saya – Puteri Sarah



Mentega Terbang, Jakim diarah ambil tindakan – Menteri

Cubaan sabotaj kerajaan, Hadi Awang dikecam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker