Kenaikan gaji penjawat awam, Anwar arah JPA dan Cuepacs bertemu bincang

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meneruskan perbincangan bersama Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengenai isu gaji dan upah penjawat awam serta hal berkaitan peningkatan kos sara hidup.

Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat berkata, perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Dr Zulkapli Mohamed ketika Cuepacs melakukan kunjungan hormat terhadap KPPA baharu itu pada Khamis, yang turut membincangkan banyak perkara mengenai perkhidmatan awam dan warganya

Adnan berkata, Cuepacs dimaklumkan perdana menteri sudah mempunyai perancangan dalam soal kadar gaji dan upah penjawat awam agar mereka mempunyai pendapatan boleh guna yang selesa dan sentiasa komited dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.



“Cuepacs menghargai keprihatinan perdana menteri berhubung isu kadar gaji dan upah penjawat awam yang menurut pandangan beliau tidak setara berbanding tugas serta komitmen yang diberikan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena perjumpaan dengan KPPA itu.

Adnan berkata, permintaan penjawat awam untuk kerajaan menilai semula kadar gaji dan upah perkhidmatan awam sememangnya berasas berikutan kos sara hidup ketika ini meningkat dengan begitu drastik.

“Komitmen perdana menteri untuk melihat semula isu kadar gaji dan upah untuk perkhidmatan awam apabila kewangan negara bertambah baik kelak sesungguhnya memberi harapan kepada kira-kira 1.6 juta penjawat awam,” katanya.

Cuepacs dalam pada itu menyeru warga perkhidmatan awam agar dapat bersabar buat sedikit masa untuk memberi ruang kepada kerajaan mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan yang menghimpit penjawat awam terutama dalam hal melibatkan peningkatan kos sara hidup.



“Terjemahkan sokongan tersebut melalui komitmen kerja yang tinggi bagi menjayakan setiap aspirasi Malaysia MADANI agar negara dapat mendepani cabaran yang mendatang demi kemakmuran rakyat,” katanya.

Dalam masa yang sama, Adnan berkata, Cuepacs yakin dengan gandingan kepimpinan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Zulkapli dalam membawa suara dan aspirasi penjawat awam untuk perhatian dan tindakan kerajaan.

Beliau berkata, keterbukaan KSN dan KPPA mendengar pandangan daripada Cuepacs mengenai permasalahan penjawat awam dalam setiap sesi libat urus amat dihargai.

“Cuepacs berharap KSN dan KPPA akan terus berunding dengan kerajaan bagi mencari penyelesaian terbaik untuk membantu menyelesaikan isu dan permasalahan penjawat awam terutama dalam hal melibatkan peningkatan kos sara hidup serta kadar gaji yang setimpal,” katanya. – Bernama.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul, lepaskan saya – Puteri Sarah



Mentega Terbang, Jakim diarah ambil tindakan – Menteri

Cubaan sabotaj kerajaan, Hadi Awang dikecam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker