Kes dera pembantu rumah, majikan diheret semula ke mahkamah

Mahkamah Sesyen Ampang menetapkan 17 April ini untuk pendengaran kes melibatkan dua majikan yang dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) enam tahun lalu, berhubung dakwaan pemerdagangan manusia dan mendera seorang pembantu rumah.

Menurut dokumen mahkamah yang dilihat Malaysiakini, sebutan kes terhadap Serene Ong Su Ping dan Sang Yoke Leng didengar hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.

Ong dan Sang didakwa di bawah Seksyen 13 Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) berhubung pengambilan pekerja warga Indonesia, Meriance Kabu pada April 2014.

Ong juga berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 306 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dengan senjata atau cara berbahaya serta Seksyen 307 kerana percubaan membunuh Meriance.

Laporan khas BBC Indonesia semalam membangkitkan dakwaan seksaan yang dialami Meriance sepanjang bekerja selama lapan bulan, yang dibuktikan dengan satu parut kekal di bibir atas, empat gigi yang sudah tiada dan telinga yang menjadi cacat.

Penyelaras hal ehwal konsular Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur Rijal Al Huda yang hadir di mahkamah hari ini, memberitahu Malaysiakini bahawa permohonan telah dibuat untuk menyerahkan dokumen sokongan tambahan, termasuk laporan perubatan Meriance.

“Meriance telah memberi keterangan ketika perbicaraan pertama dan kini dia tidak lagi perlu hadir ke mahkamah.

“Peguam pemerhati kedutaan telah meminta pendengaran seterusnya diteruskan selepas 17 April.

“Ada juga permintaan daripada pihak pendakwaan untuk kes ini dipindah dan didengar di mahkamah Atipsom di Klang, yang khusus untuk hal-hal seperti ini,” kata Rijal.

Percepatkan perbicaraan

Ketika dihubungi, peguam pemerhati kedutaan CS Selva mengesahkan dia telah membangkitkan keperluan untuk perbicaraan ini dipercepatkan.

“Hakim akan buat keputusan berdasarkan nota prosiding, dan juga jika ia akan dipindahkan,” katanya kepada Malaysiakini.

Selva berkata seramai 11 saksi telah dipanggil ketika perbicaran pertama di Mahkamah Sesyen Ampang yang berjalan sejak 2015 hingga 2017.

“Mungkin ada satu atau dua lagi saksi tambahan yang akan dipanggil kali ini,” katanya.

Laporan dan dokumentari video yang disiarkan BBC hari ini memaparkan wawancara bersama Meriance, yang mengimbas kembali insiden yang berlaku sehingga menyebabkan dia diselamatkan polis dari rumah majikannya di Ampang.

Dia pulang ke Indonesia pada 2015. Tiga tahun kemudian, dua lelaki disabitkan dan dihukum penjara atas kesalahan pemerdagangan manusia terhadapnya. Kes itu mula dibicarakan di Kupang, iaitu kampung halamannya, sehingga ke peringkat rayuan di mahkamah tertinggi Indonesia.

Laporan itu turut memetik keputusan akhir mahkamah berhubung perincian dakwaan dera terhadapnya, yang dikatakan melibatkan objek seperti seterika, tukul, baton dan playar.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul, lepaskan saya – Puteri Sarah

Mentega Terbang, Jakim diarah ambil tindakan – Menteri

Cubaan sabotaj kerajaan, Hadi Awang dikecam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker