‘Cik Piah jangan mati ya’, pesara sedih 69 ekor lembu lemas banjir

‘Cik Piah jangan mati ya’, pesara sedih 69 ekor lembu lemas banjir

SEGAMAT – Tiada apa yang lebih memilukan buat pasangan suami isteri apabila mengetahui 69 ekor lembu peliharannya hilang termasuk sebahagian besarnya ditemui lemas dalam musibah banjir pada Rabu lalu.

Bagi Abdul Halim Yusof, 60, kejadian banjir kali ini benar-benar menguji emosinya kerana bukan sahaja beliau kerugian lebih RM300,00, namun sedih mengenangkan nasib ternakannya itu yang gagal diselamatkan dalam bencana kali ini.



Menurutnya, berbanding pada 2011 banjir kali ini berlaku begitu pantas menyebabkan dia hanya sempat menyelamatkan 14 daripada 83 ekor lembu peliharannnya di Kampung Pogoh Tengah, Pogoh, di sini, hari ini.

“Bila air naik begitu cepat, saya hanya sempat selamatkan 14 ekor sahaja lembu yang ketika itu dilepaskan di padang berhampiran kandang menyebabkan 69 ekor lagi terperangkap di kawasan rendah yang sudah dinaiki banjir.

“Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya dan isteri (Rubaiyyah Abdul Rahman, 53) apabila melihat lembu kami sudah menjadi bangkai akibat lemas menyebabkan saya kerugian lebih RM300,000,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pogoh Tengah, di sini.

Mengulas lanjut, pesara kerajaan itu berkata, dia bagaimanapun bersyukur kerana berjaya menyelamatkan baki 14 ekor lagi, namun dua daripadanya sudah disembelih dan diagihkan kepada orang kampung kerana sudah nazak akibat sakit ditenggelami banjir.



“Cuma saya dan isteri berharap, seekor lagi lembu betina kami dinamakan Cik Piah yang kini sakit kerana paru-paru masuk air akibat seharian terendam dalam banjir Rabu lalu dapat diselamatkan.

“Saya sedih kerana Cik Piah adalah baka induk yang dipelihara sejak 11 tahun lalu dan masih menyusukan anaknya,” katanya yang turut kehilangan 97 ekor lembu peliharaan ketika banjir besar 2011.

Abdul Halim berkata, sehubungan itu dia berharap kerajaan dapat memberikan sedikit bantuan kepada penternak lembu di negeri ini yang mengalami kerugian ratusan ribu ringgit akibat banjir.

“Sekurang-kurangnya, dapatlah bantu kami sikit kerana saya pun sudah kehabisan modal akibat kerugian pada banjir 2011 dan tahun ini,” katanya yang telah membelanjakan RM55,000 membina kandang baharu menggunakan wang saraannya bulan lalu.



Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah, N. Saraswati berkata, isu itu akan disampaikan kepada Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip.

“Kita akan melihat, melihat apakah bentuk bantuan yang boleh diusahakan untuk membantu kumpulan penternak ini kerana jumlah kerugian yang dialami juga bukanlah kecil.

“Saya percaya, kerajaan pastinya mempunyai jalan untuk membantu rakyat yang terjejas akibat banjir luar biasa kali ini,” katanya. MG

‘Cik Piah jangan mati ya’, pesara sedih 69 ekor lembu lemas banjir



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama



Fizz Fairuz kena sembur dengan Along

Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker