Najib, Arul Kanda bebas tuduhan pinda laporan audit 1MDB

Najib, Arul Kanda bebas tuduhan pinda laporan audit 1MDB

Mahkamah Tinggi membebaskan bekas perdana menteri Najib Razak daripada tuduhan menyalahgunakan kuasa dan menyebabkan pindaan pada laporan akhir audit 1MDB.

Bekas CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy yang didakwa bersubahat dalam membuat pindaan itu juga dibebaskan.

Hakim Zaini Mazlan mendapati pendakwa raya gagal membuktikan bahawa ada kes prima facie terhadap Najib, bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Najib didakwa menyalahgunakan kuasa untuk mendapat kekebalan daripada tindakan undang-undang dan menyebabkan pindaan pada laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentang dalam mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC).

Mahkamah sebelum ini membenarkan permohonan pendakwa raya untuk memanggil Arul Kanda memberikan keterangan bagi pihaknya.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Najib, Arul Kanda bebas tuduhan pinda laporan audit 1MDB

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul, lepaskan saya – Puteri Sarah

Mentega Terbang, Jakim diarah ambil tindakan – Menteri

Cubaan sabotaj kerajaan, Hadi Awang dikecam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker