Amaran Hadi permulaan langkah jatuhkan kerajaan

Pemimpin kerajaan perlu berwaspada dengan amaran Presiden PAS

Amaran Hadi permulaan langkah jatuhkan kerajaan

Veteran Umno, Shahrir Samad, berkata ini kerana PAS juga merupakan pencetus kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Dr Mahathir Mohamad.

“Jatuhnya PH. Naiklah kerajaan Perikatan Nasional (PN). Pencetusnya ialah PAS.



“Sekarang sekali lagi PAS memulakan langkah untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan dan menaikkan kembali sebuah kerajaan tajaan PAS.

“Sekali dah berjaya. Kali kedua, cuba lagi. Hadi sudah beri amaran awal Mac 2023. Tunggu dan lihat,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Pada 1 Mac lalu, presiden PAS itu dilaporkan menjangkakan kerajaan hari ini yang diterajui Anwar akan tumbang tidak lama lagi.

Bagaimanapun Abdul Hadi tidak menyebut berdasarkan apa jangkaannya itu dibuat .



“Orang tanya bila berlaku ini. Ini ramalan.

“Insya-Allah, (akan berlaku) dalam masa terdekat,” katanya.

Mengulas lanjut, Shahrir turut mengimbau bibit kejatuhan kerajaan PH selepas pertemuan pemimpin PAS itu dengan Mahathir.

Katanya, ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Semenyih pada Feb 2019, Hadi telah berjumpa Mahathir yang ketika itu perdana menteri PH.



Selepas dua perjumpaan dengan Mahathir, presiden PAS itu mengeluarkan kenyataan menyokong bekas pengerusi Pejuang itu sebagai perdana menteri sehingga hujung penggal Parlimen ke-14.

“Kemudian, enam ahli parlimen BN telah, tanpa pengetahuan Umno, juga mengisytiharkan sokongan yang sama kepada Mahathir. Kenyataan mereka ini dibuat sebelum PRK Parlimen Tanjung Piai.

“Kedua-dua pengisytiharan sokongan ini adalah petanda pelaksanaan “Langkah Sheraton” di mana PAS dan sekelompok ahli parlimen Umno-BN menyokong Mahathir sebagai PM,” katanya. Mk

Amaran Hadi permulaan langkah jatuhkan kerajaan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama



Fizz Fairuz kena sembur dengan Along

Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker