Ada pihak mahu kuburkan Umno Sabah – Bung
Ada pihak mahu kuburkan Umno Sabah – Bung
Ada pihak cuba menguburkan Umno di Sabah, kata Ketuanya, Bung Moktar Radin.
Ahli Parlimen Kinabatangan itu mendakwa ada wakil rakyat Umno ditawarkan habuan untuk mengumpan mereka meninggalkan parti itu.
Bagaimanapun, Bung optimis usaha itu tidak dapat melemahkan Umno Sabah yang ditubuhkan atas prinsip perjuangan, bukannya dendam.
“Umno ini bukan hanya sebuah parti, sebaliknya ia sebuah perjuangan.
“Parti lain pula dibentuk atas berbagai faktor yang tidak dapat kita ilhamkan. Ada yang dibentuk atas lompatan yang begitu banyak, dua tiga kali melompat membentuk parti.
“Tetapi (usaha itu) akhirnya tidak berkekalan sebab saya yakin parti yang dibentuk atas dasar tamak haloba ingin berkuasa semata-mata tanpa memikirkan kepentingan rakyat, tidak bertahan lama,” katanya menurut Berita Harian.
Beliau turut mengecam beberapa Adun Sabah yang melompat parti sejak beberapa bulan lalu.
“Sebab saya sendiri dari Sabah, saya malu dengan tingkah laku Adun dari Sabah yang tidak sedarkan diri.
“Bagi mereka, yang penting dapat kedudukan, jawatan dan habuan,” kata Adun Lamag itu sambil menambah ia perbuatan “tidak berintegriti dan tidak bermaruah”.
Awal minggu ini, Adun Petagas, Awang Ahmad Sah mengumumkan keluar Warisan untuk menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) pimpinan Ketua Menteri, Hajiji Noor.
Awang yang juga bendahari agung Warisan menjadi Adun keempat Warisan keluar parti itu tahun ini, selepas Mohammad Mohamarin (Banggi), Chong Chen Bin (Tanjong Kapor) dan Norazlinah Arif (Kunak).
Lima Adun Umno turut keluar parti untuk menyertai Gagasan Rakyat minggu lalu. Tindakan Adun itu menyusul kurang dua bulan selepas Bung dan Presiden Warisan, Shafie Apdal gagal menumbangkan kerajaan Hajiji. FMT
Ada pihak mahu kuburkan Umno Sabah – Bung
Baca Artikel Menarik:
- Bendahari Agung Bersatu direman SPRM
- Duit datang dari mana?, Mahathir soal Anwar
- Fasha Sandha kena belasah?
- Mukhriz jilat ludah sendiri bila memohon menyertai PN
- Ketua Pemuda UMNO kena bawah 40 tahun – Dr Akmal
- Tengku Zafrul kini Ketua UMNO Bahagian Kota Raja
- SPRM tahan Profesor atas dakwaan penyelewengan
- Bekas kekasih dapat suami botak buat lelaki puas hati
- Lelaki tepuk punggung lembu jatuh terbelit tali
- Rumah teres jadi ‘port’ bangunkan laman sesawang, judi dalam talian diserbu
- Banjir Johor: TMJ dan Raja Muda turun santuni rakyat
- Banjir Johor: 42 kampung dan taman perumahan di Kluang tenggelam [VIDEO]
- Wanita muda akui bahagia kahwini lelaki tua
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mentega Terbang, Jakim diarah ambil tindakan – Menteri