RM10 juta untuk bantu mangsa banjir di Johor

RM10 juta untuk bantu mangsa banjir di Johor

KOTA TINGGI: Sebanyak RM10 juta bantuan mangsa banjir di Johor disalurkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bagi membeli barangan keperluan dan bantuan tambahan kepada penduduk terjejas banjir di negeri itu.

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi berkata, peruntukan segera itu bagi memastikan semua kelengkapan di pusat pemindahan sementara (PPS) mencukupi, memandangkan jumlah mangsa banjir terjejas terus meningkat.



“Saya dimaklumkan terdapat kekurangan selimut, bantal dan tilam. Ketua pengarah Nadma sudah bagi tahu pegawai daerah agar pembelian dilakukan segera dan pembayaran kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah akan dilakukan segera sebagai tindakan pantas Nadma bagi menyelesaikan masalah kekurangan itu,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat itu berkata demikian selepas melawat PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota di sini.

Turut hadir Menteri Besar, Onn Hafiz Ghazi.

Zahid berkata, beliau akan menghubungi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri bagi memobilisasikan tugas kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat di PPS dan kawasan terjejas sebagai langkah mengatasi kekurangan petugas itu.



Katanya, perubahan iklim, pemanasan global serta hujan tahap sangat luar biasa antara faktor banjir melanda Johor kali ini, sekali gus menjadikan ia terburuk selepas bencana itu pada 2006.

Menteri kemajuan desa dan wilayah itu berkata, faktor tersebut menyebabkan paras air di sungai utama di negeri ini, termasuk Sungai Johor naik mendadak berikutan air mengalir dari Pahang ke sungai di negeri ini.

Laporan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) menjangkakan pada 2050, pemanasan global bakal menyebabkan pulau kecil di lautan seluruh dunia ditenggelami air, seterusnya menyebabkan paras air meningkat.

Justeru, beberapa langkah perlu diambil kerajaan bagi memastikan bencana banjir besar di negeri ini tidak berulang, termasuk mempercepatkan tindakan jangka panjang bagi rancangan tebatan banjir di lokasi berisiko.



“Apa yang penting adalah melebar dan mendalamkan sungai kerana limpahan sungai itu menyebabkan banjir. Apa yang penting bagi jangka panjang, tebatan banjir di beberapa daerah di Johor perlu disegerakan.

“Walaupun terdapat kekangan kewangan. tetapi Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi ada kaedah tertentu buat pelan mitigasi banjir,” katanya sambil menambah kerajaan memperuntukkan kira-kira RM7.6 juta sebagai tindakan segera bagi meningkatkan sistem perparitan di daerah ini. FMT

RM10 juta untuk bantu mangsa banjir di Johor

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul, lepaskan saya – Puteri Sarah

Mentega Terbang, Jakim diarah ambil tindakan – Menteri



Cubaan sabotaj kerajaan, Hadi Awang dikecam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker