Air naik hingga bumbung rumah, 2 warga emas lemas

Air naik hingga bumbung rumah, 2 warga emas lemas

Dua warga emas ditemui lemas dalam rumah masing-masing yang dinaiki air di Segamat, Johor.

Berdasarkan keadaan mayat, dua warga emas itu dipercayai berusaha menyelamatkan diri hingga saat akhir, tetapi gagal.

Ketua Polis Segamat, Ahmad Zamry Marinsah berkata, dua mangsa yang tinggal berseorangan di rumah masing-masing di Jalan Kongsai, Kampung Baru Chaah, dipercayai lemas selepas rumah mereka dinaiki air hingga ke paras bumbung.

Katanya, mayat seorang lelaki dan wanita berusia 70-an itu ditemui dalam bilik di rumah mereka.

“Mangsa wanita ditemui pada 9 pagi, manakala mayat lelaki dijumpai 11 pagi selepas banjir surut,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, ahli keluarga dua mangsa itu membuat laporan polis pada 8 pagi selepas gagal dihubungi mereka.

Katanya, mayat dua warga emas itu dihantar ke Hospital Segamat untuk proses bedah siasat. FMT

Air naik hingga bumbung rumah, 2 warga emas lemas

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul, lepaskan saya – Puteri Sarah

Mentega Terbang, Jakim diarah ambil tindakan – Menteri

Cubaan sabotaj kerajaan, Hadi Awang dikecam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker