Tiga bergaduh lori berlanggar [VIDEO]

Tiga individu termasuk pemandu lori bergaduh dipercayai selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Pulau Indah, hari ini.

KLANG – Tiga individu termasuk pemandu lori bergaduh dipercayai selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Pulau Indah, hari ini.

Insiden tersebut tular di Facebook menerusi dua buah video berdurasi 12 dan 36 saat memaparkan kemalangan dan pergaduhan tersebut.

Difahamkan susulan kemalangan tersebut turut menyebabkan kesesakan lalu lintas kerana dua buah lori berkenaan menutup sepenuhnya dua lorong lebuh raya berkenaan.

Seorang pengguna Facebook,Muhammad Nabil Illias mendakwa kemalangan berkenaan berlaku disebabkan beberapa pemandu memandu laju bagi mengejar trip.

“Lebih banyak trip, lebih banyak insentif gaji yang mereka akan terima,” ujarnya.

Seorang lagi pengguna dikenali Shah Sasuke pula laluan tersebut sering digunakan pemandu lori untuk menunjukkan siapa lebih hebat dalam pemanduan.

“Kawasan Port Klang ini, semua hendak tunjuk siapa yang hebat bawa lori. Macam sakai,” tegasnya.

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna aplikasi media, Zul Mohd. meminta pihak polis membuat pemeriksaan urin terhadap individu yang terlibat dalam pergaduhan berkenaan.

“Mungkin ada di antara mereka yang mengambil dadah dan ini salah satu sebab berlakunya kemalangan itu,” jelasnya

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker