Pengungkaian Ordinan Darurat dibawa ke mesyuarat akan datang

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini menangguhkan Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan untuk mengungkaikan Ordinan-ordinan darurat ke sidang Dewan Rakyat akan datang.

Perkara berkenaan dicadangkan oleh Menteri di Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Dewan Rakyat sebelum sesi pertanyaan menteri.

“Berkenaan usul Perdana Menteri mengenai pengungkaian Ordinan Darurat dan usul-usulnya di nombor 13 dalam Aturan Mesyuarat akan dibawa ke mesyuarat akan datang,” katanya di Dewan Rakyat.



Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun bersetuju dengan cadangan berkenaan.

Hari ini adalah hari terakhir Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen ke-14 sebelum Dewan Rakyat kembali bersidang pada 25 Okt hingga 16 Dis.

Pengungkaian Ordinan Darurat dibawa ke mesyuarat akan datang


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


SUHAKAM lebih ‘juarakan’ golongan songsang berbanding Islamofobia?

Pilihan raya atas nama demokrasi ketika negara masih diancam COVID-19 tidak wajar!



Tiada istilah UMNO lama atau baharu, bezanya perjuangan

BMW iX Configurator, kereta elektrik bertaraf premium



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker