UMNO adakan mesyuarat khas MKT malam ini juga

SUA UMNO Ahmad Maslan

 

KUALA LUMPUR: UMNO hari ini mengadakan mesyuarat khas Biro Politik serta Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pembubaran Parlimen sekali gus memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan perkara itu menerusi hantaran di laman Twitter beliau hari ini.

“Parlimen dibubarkan hari ini 10/10/22 (10 Okt 2022). Tarikh #PRU15 akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya @sprgovmy.



“Pukul 5 petang hari ini, Isnin, Mesyuarat Khas Biro Politik UMNO akan diadakan. Pukul 8 malam hari ini juga, Mesyuarat Khas MKT UMNO akan diadakan. Di #WTCKL. Salam perjuangan,” katanya ringkas.

Terdahulu, Ismail Sabri dalam Perutusan Khas sempena Pembubaran Parlimen ke-14 mengumumkan pembubaran itu di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada pukul 3 petang.

Perdana Menteri memaklumkan beliau telah menghadap dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tengah hari semalam bagi menyembah warkah mengenai permohonan pembubaran Parlimen ke-14.

Ismail Sabri meninggalkan bangunan Perdana Putra pukul 4.47 petang selepas selesai perutusan khas itu dan dijadualkan menghadiri kedua-dua mesyuarat Biro Politik serta mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UMNO itu.



“Saya dah umum (pembubaran) tadi. Saya nak ke mesyuarat Biro Politik UMNO pukul 5 petang ini,” katanya kepada pengamal media yang telah berkampung di hadapan bangunan Perdana Putra sejak pukul 8 pagi.

Antara Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang kelihatan hadir setakat pukul 5 petang ialah Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid; Tan Sri Noh Omar, Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

BERNAMA

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 


Yasmin Aziz Dakwa Bapa Kandung Seorang Pedofilia (Video)



Tak tahu arwah ada masalah jantung – Nabil

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker