Basah Kuyup Dan Lencun Peluh, Lihatlah Pengorbanan Frontliner Selama Ini Bila Mereka Buka Baju PPE [ VIDEO ]

Umum sedia tahu kes positif Covid-19 nampaknya kembali meningkat. Saban hari jumlah kes positif ini semakin bertambah membuatkan orang ramai perlu sentiasa berhati-hati dan mengikut SOP yang telah disediakan kerajaan. Sudah pastinya dengan mengikut segala SOP ini dapat mengurangkan risiko dari dijangkiti virus ini.

Selain itu, bila makin bertambah kes positif ini pastinya frontliner seperti kakitangan perubatan menjadi antara yang paling sibuk ketika pandemik. Sewaktu bertugas ‘berperang’ dengan musuh yang tidak kelihatan ini pastinya agak mencabar. Petugas kesihatan diwajibkan memakai perlindungan diri yang dipanggil PPE (Personal Protective Equipment).

Baru-baru ini seorang pengguna Twitter berkongsikan satu video frontliner buka PPE. Video tersebut telah meraih perhatian ramai apabila orang ramai dapat melihat sendiri bagaimana keadaan bila memakai PPE ini. Menerusi rakaman itu kelihatan dua lelaki membuka PPE yang dipakainya sepanjang bertugas. Satu persatu lapisan ditanggalkan, habis basah kuyup dan menitis air yang bertakung di dalam PPE!



Berikut adalah video frontliner buka PPE yang telah dikongsikan di media sosial itu:

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=rF3z8u0hH34[/embedyt]

Video tersebut telah meraih lebih 451 ribu tontonan dan 21 ribu retweets serta 17,600 tanda suka. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka selepas menonton rakaman itu di ruangan komen seperti berikut:

“Sedih sangat. Basah lencun diorang semua tapi masih boleh tersenyum…”

Frontliner buka PPE 3



“Mental sangat kuat. Masih lagi boleh usik-mengusik gelak2 walau baju basah lencun…”

Frontliner buka PPE 2

“Takde background music pun dah rasa sebak, kalau ada lagi mau banjir aku nangis..”

Frontliner buka PPE 1



Kredit: Himpunan Cerita Lawak

KKM masih perlu sumbangan PPE, bekalan sedia ada untuk 2 minggu, kata KP Kesihatan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker