Mahdzir tepis dakwaan Mara utamakan pelajar dari keluarga kaya

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Mahdzir Khalid menafikan tuduhan bahawa Majlis Amanah Rakyat (Mara) lebih mengutamakan tajaan pelajaran kepada keluarga berpendapatan tinggi daripada kumpulan T20.

Jelasnya, kira-kira 89 peratus pelajar tajaan Mara adalah daripada kumpulan berpendapatan rendah B40 yang mempunyai minda kelas pertama dan bertaraf global.

“Mara sejak dahulu lagi mengamalkan dasar yang memberi keutamaan kepada golongan B40 dan penduduk luar bandar bagi akses kepada pendidikan yang lebih baik.

“Peratusan itu juga jelas menunjukkan bahawa pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bersama Mara sememangnya memberikan keutamaan kepada anak-anak dari keluarga B40 sekaligus menafikan dakwaan tajaan Mara lebih mengutamakan pelajar dari keluarga T20.

“Saya mohon kepada orang ramai untuk merujuk Mara terlebih dahulu sekiranya terdapat dakwaan tidak berasas daripada pihak tertentu,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Katanya, dasar itu telah bermula di peringkat pengambilan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), kemasukan pelajar ke Institusi Pendidikan Mara (IPMA) dan juga Program penajaan pelajaran.

Menurutnya, sehingga 30 September 2021, Mara elah menaja seramai 50,555 pelajar merangkumi 44,994 (89%) daripada golongan B40, 5,055 (10%) daripada M40 dan 506 (1%) daripada T20.

Bagi tahun 2021, Mara katanya menyediakan peruntukan untuk membiayai kira-kira 60,000 pelajar merangkumi 35,000 pelajar sedia ada dan 25,000 pelajar baru.

Katanya, pemilihan pelajar bagi mengikuti program penajaan ini bukan hanya tertumpu dari aspek status sosio ekonomi (SES) keluarga saja, tetapi turut mengambil kira kecemerlangan akademik.

“Serta kebolehan pelajar yang dinilai melalui ujian psikometrik, ko-kurikulum serta status institusi pendidikan dan program yang dipilih. Mara mengutamakan program pengajian dalam universiti terbaik dunia.

“Terbaru, Mara menghantar 215 pelajar tajaannya ke United Kingdom bawah program Young Talent Development Program (YTP), IPMA Excellent Sponsorship Program (IESP) dan World Top University (WTU),” katanya lagi.

Mahdzir tepis dakwaan Mara utamakan pelajar dari keluarga kaya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tiada istilah UMNO lama atau baharu, bezanya perjuangan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker