Patologi kanan dilantik bantu pasukan petugas siasatan kes Adib

PETALING JAYA: Jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk menyiasat kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim memutuskan untuk melantik seorang ahli patologi kanan bagi membantu siasatan.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pakar patologi akan menjalankan siasatan menyeluruh untuk meneliti keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Koroner, polis serta pihak lain yang berkaitan dengan kematian Adib.

Beliau yang mempengerusikan jawatankuasa itu turut menjelaskan, kes ini bukan mudah untuk dikendalikan kerana memerlukan pelbagai peringkat siasatan.



“Sebab itulah kami memutuskan untuk melantik seorang ahli patologi kanan bagi membantu dalam hal ini,” kata Wan Junaidi dalam satu kenyataan.

“Kerajaan serius dalam menangani kes ini yang telah tertangguh sejak 2018. Jawatankuasa khas dijadualkan bersemuka dalam tempoh sebulan lagi selepas mendapat laporan daripada jawatankuasa kecil pakar patologi kanan.

Sabtu lalu, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan anggota jawatankuasa khas itu terdiri daripada Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Reezal Merican Naina Merican; Peguam Negara, Idrus Harun dan Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani.

Anggota bomba berusia 24 tahun itu meninggal dunia pada 2018 selepas cedera parah dalam rusuhan berhampiran Kuil Seafield Sri Maha Mariamman di Subang Jaya.



Walaupun terdapat banyak inkues dan siasatan berhubung kes ini, mereka yang dipercayai bertanggungjawab tidak pernah ditangkap.

Patologi kanan dilantik bantu pasukan petugas siasatan kes Adib


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Parti baharu suburkan proses demokrasi cuma jangan jadi proksi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker