Parti baharu suburkan proses demokrasi cuma jangan jadi proksi

Kewujudan parti-parti baharu dilihat mampu menyuburkan proses demokrasi kerana memberi lebih banyak pilihan kepada pengundi.

Namun, pada masa sama dibimbangi hanya dijadikan sebagai proksi kepada sesetengah pihak, Tegas Ketua Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM), Shahir Adnan.

“Semangat yang ditunjukkan ini bersesuaian dengan nilai-nilai negara kita untuk menyuarakan keluh kesah rakyat dan denyut nadi anak muda.

“Sejauh manakah golongan B40 dan M40 diwakili di dalam Jawatankuasa Penaja parti tersebut. Ratanya-ratanya seperti golongan T20 yang menjadi pemimpin Parti Kuasa Rakyat.

“Dewan Pemuda Ikatan Malaysia berharap semua parti politik tanpa mengira kecenderungan kepada kerajaan atau di pihak pembangkang, perlu mendahulukan rakyat,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Shahir menegaskan, semua pihak perlu mengamalkan politik matang dan menghindari diri daripada menghamburkan kata-kata yang menyakitkan hati parti lain.

Mencemuh dan menunding jari kepada parti lain menunjukkan ketidakmatangan politik, walaupun sebilangan besar mereka adalah pemimpin berpengalaman warga emas.

“Rakyat terutama pengundi baharu bakal menghukum pemimpin sebegini,” katanya.

Parti baharu suburkan proses demokrasi cuma jangan jadi proksi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tiada istilah UMNO lama atau baharu, bezanya perjuangan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker