Janna Nick, Nazim Othman bercinta?

Janna Nick, Nazim Othman bercinta?

‘Kami kawan baik.’

Itu penjelasan pelakon, Nazim Othman, 38, apabila tular foto dirinya dalam keadaan mesra bersama Janna Nick yang dikongsi artis serba boleh itu di Instagram (IG).

Nazim berkata, dia dan Janna akrab serta faham hati budi masing-masing. Malah, apa yang dipaparkan dalam media sosial bukanlah gimik.

“Ini bukan gimik… Kami berkawan baik dan selesa bersama. Ada sesetengah orang dalam hidup kita, boleh ‘click’. Ada orang, apabila jumpa banyak kali, barulah ada keserasian itu.

“Namun, dengan Janna tidak… Kami jujur dengan diri sendiri. Kita berkongsi rasa dan nasihat… Semuanya berlaku secara semula jadi.

“Jadi, kami tiada apa-apa,” katanya kepada BH Online.

Baru-baru ini, Janna memuat naik foto bersama Nazim di IG, lantas, mengundang persoalan ramai. Apatah lagi, ketika status hubungan Janna dengan pelakon, Dini Schatzmann, masih menjadi tanda tanya.

Diusik gelagat peminat yang seronok melihat mereka, Nazim memohon orang ramai mendoakan persahabatan mereka kekal.

“Jodohkan kami sebagai sahabat yang baik. Saya hargai Janna dan dia faham saya. Janna sangat baik, tabah dan kuat. Kualiti yang ada membuatkan saya hormatinya.

“Mungkin saya juga ada beberapa kualiti yang Janna hargai. Jujurnya, saya tiada cuba ke arah itu (bercinta)… Kami sahabat baik,” katanya ditemui pada pertunjukan fesyen Rizman Ruzaini Fall Winter 2023 dan Raya 2023 di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.

Ditanya sama ada dirinya menjalin hubungan dengan wanita lain, Nazim mengakui masih solo dan tidak mencari pasangan.

“Saya sampai ke tahap tidak mencari dan tidak menanti (pasangan). Saya tidak berharap atau menanti, cuma keadaan itu mungkin akan berlaku kalau ada magis dari Allah SWT.

“Itu saja. Kalau tiba-tiba Tuhan tetapkan dengan menghantar seseorang, maka saya terima dengan hari terbuka.

“Pada fasa ini, saya sudah semakin matang dan makin tenang. Dahulu saya terkejar banyak benda, dan banyak berfikir hingga hubungan terdahulu gagal.

“Namun, semua itu sudah berlaku. Saya mendoakan yang terbaik buat dia (bekas isteri). Saya banyak belajar.

“Kawan-kawan saya tahu saya sudah berbeza, tetapi dalam cara yang baik. Cara saya mengendalikan sesuatu, tidak sama macam dulu,” katanya.

Pada 2016, Nazim mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Bella Dally, namun, dua tahun kemudian, mereka bercerai. BH

Janna Nick, Nazim Othman bercinta?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama

Fizz Fairuz kena sembur dengan Along

Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker