Keputusan JPPM tamparan hebat golongan mahu jatuhkan Zahid, Tok Mat

Puad Zarkashi berkata keputusan berkenaan menamatkan perancangan untuk mengganggu kestabilan dalam Umno.

Keputusan JPPM tamparan hebat golongan mahu jatuhkan Zahid, Tok Mat

Pengesahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) bahawa tiada kesalahan dilakukan Umno berhubung usul tiada pertandingan dua jawatan tertinggi memberi tamparan kepada kumpulan yang ingin menjatuhkan presiden dan timbalan presiden.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi berkata keputusan berkenaan telah menamatkan perancangan untuk mengganggu kestabilan dalam Umno.

“Kami yakin ada dalang yang berada di sebalik laporan yang dibuat kepada RoS (JPPM).

“Dalang itu kecewa kerana usahanya untuk menjatuhkan presiden (Ahmad Zahid Hamidi) timbalan presiden (Mohamad Hasan) parti gagal,” katanya.

Beliau mendakwa kem terbabit juga tidak berpuas hati dengan keputusan untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan perpaduan.

Semalam, Zahid dilaporkan berkata JPPM menerima usul pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) Jan lalu yang meluluskan usul tiada pertandingan untuk jawatan presiden dan timbalan presiden dalam pemilihan akan datang.

Siasatan JPPM dibuat selepas dua ahli Umno memfailkan aduan mendakwa tindakan membentangkan usul itu di perhimpunan agung melanggar Artikel 10 perlembagaan parti itu.

Pemilihan Umno akan berlangsung pada 11 Mac ini dengan jawatan kepimpinan dalam Wanita, Pemuda dan Puteri dipertandingkan, manakala jawatan ketua bahagian, naib presiden dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi akan dipilih pada 18 Mac. FMT

Keputusan JPPM tamparan hebat golongan mahu jatuhkan Zahid, Tok Mat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama

Fizz Fairuz kena sembur dengan Along

Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker