Mentega Terbang: Kenapa tak ambil tindakan tahun lepas, soal Fahmi

Ia sudah pun ditayangkan pada tahun lepas.

Mentega Terbang: Kenapa tak ambil tindakan tahun lepas, soal Fahmi

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mempersoalkan alasan pentadbiran sebelum ini tidak mengambil tindakan terhadap penerbitan filem Mentega Terbang yang mengundang kontroversi baru-baru ini.

Fahmi menegaskan filem terbitan tempatan itu bukanlah filem baru kerana ia ditayangkan pada 2021, semasa pentadbiran bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob.

“Siapa mentadbir waktu itu? Mengapa tak ada tindakan? Ini bukan perkara baru. Tak dapat diselesaikan dulu, kita kena selesaikan.

“Serahkan kepada Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional) untuk buat siasatan, dan jika ada tindakan yang diambil, saya percaya pihak berkuasa akan ambil,” kata Fahmi ketika sidang media selepas menghadiri satu majlis di UiTM Shah Alam hari ini.

Fahmi yang juga jurucakap kerajaan mengingatkan mereka yang membuat aduan supaya tidak bersikap hipokrit.

“Tak boleh hipokrit, ini bukan filem baru. Diapi-apikan, cuba ambil kesempatan oleh pihak yang ingin menuang, bukan minyak, tapi menuang air oren dalam nasi untuk selerakan makan politiknya,” kata Fahmi.

Walaupun tidak menyebut nama, Fahmi dipercayai merujuk kepada kontroversi baru-baru ini melibatkan Adun Chukai Hanafiah Mat, yang, dalam video TikTok, dilihat menuang jus oren ke atas hidangan tanpa kuah., didakwa sebagai hidangan dari Menu Rahmah.

Hanafiah sejak itu mengancam tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan video itu dan membuat tuduhan berkenaan terhadapnya.

Sebelum ini, filem Mentega Terbang yang dikeluarkan di platform perkhidmatan penstriman Viu mengundang kritikan dan kemarahan orang ramai kerana didakwa memaparkan adegan yang bercanggah dengan pegangan agama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar berkata semakan yang dijalankan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia terhadap kandungan filem itu mendapati ia bertentangan dengan akidah dan cara hidup umat Islam di Malaysia.

Mohd Na’iam berkata Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan juga diminta memanggil pihak yang terlibat dalam penerbitan filem itu untuk prosedur susulan.

Semalam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dilaporkan berkata oleh Free Malaysia Today bahawa Viu telah menurunkan filem kontroversi itu pada 27 Feb. Mk

Mentega Terbang: Kenapa tak ambil tindakan tahun lepas, soal Fahmi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama

Fizz Fairuz kena sembur dengan Along

Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker