Zabidi lawan Mentega Terbang

Tidak gentar tindakan undang-undang, Zabidi menjadi individu paling lantang bersuara dalam menyentuh isu filem Mentega Terbang

Zabidi lawan Mentega Terbang

Tidak gentar tindakan undang-undang, Zabidi menjadi individu paling lantang bersuara dalam menyentuh isu filem Mentega Terbang

Lesen berkarya dan kreativiti menghasilkan sesebuah naskhah tidak boleh melangkaui kebenaran serta kesucian agama Islam.



Prinsip itu menjadi teras perjuangan penulis skrip, Zabidi Mohamed, 60, yang menjadi individu paling lantang bersuara dalam menyentuh isu filem kontroversi, Mentega Terbang didakwa mempunyai pelbagai unsur tidak wajar jadi tontonan umum.

Menegaskan tidak gentar tindakan undang-undang bakal dihadapi, Zabidi yang juga bekas majistret dan peguam tetap tidak bersetuju dengan kandungan filem terbitan Anomalist Production dan Meng Kheng Entertainment.

Zabidi berkata, dia tetap berjuang demi memastikan kehormatan agama Islam terpelihara dan berusaha menegakkan panji Islam di Malaysia.

Beliau berkata, tindakannya mengundang rasa tidak senang pihak tertentu, namun, sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan.



“Saya sudah menjangkakan ini akan berlaku dan bersedia untuk disaman. Ini bukan soal saya menentang filem Mentega Terbang, tetapi ia adalah isu menyentuh sensitiviti umat Islam.

“Sekiranya isu ini dipanjangkan ke mahkamah, saya tidak memikirkan soal menang atau kalah. Sebaliknya, saya mahu terus memperjuangkan dan berpegang teguh dengan Islam.

“Demi Allah dan Rasul, saya akan terus menentang perkara ini. Mahkamah akan menjadi medan untuk menegaskan bahawa saya adalah Muslim berpegang kepada tauhid dan kebenaran hanya dengan Islam,” katanya kepada BH Online.

Kelmarin, pengarah dan penulis skrip filem Mentega Terbang, Mohd Khairi Anwar Jailani mewakili produksi Mentega Terbang mengemukakan notis tuntutan oleh peguam dilantik, Daim & Gamany Advocates & Solicitors bertajuk ‘Fitnah Terhadap Penerbit, Direktor Dan Penulis-Penulis Skrip Filem Mentega Terbang’ dan dihantar kepada Zabidi pada 3 Mac lalu.



Notis itu mendakwa penulisan Zabidi adalah tidak benar, berniat jahat dan fitnah, selain bertujuan menjejaskan imej, reputasi serta kredibiliti untuk mendatangkan kutukan dan ancaman.


Mohd Khairi (kiri) dan penerbit, Tan Meng Kheng (kanan)

Sehubungan itu, Zabidi diminta memadam kenyataan disifatkan berbaur fitnah, selain membuat permohonan maaf secara terbuka.

Zabidi yang juga lulusan Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam bidang Sains Sosial berkata, dia sudah menonton keseluruhan filem dan mendapati mempunyai ciri ‘blashemy’ iaitu menghina, meremeh, merendahkan, melecehkan, memperbodoh dan mempersendakan agama.



“Dalam konteks Islam, ‘blasphemy’ bermaksud mempersenda dan menghina Allah SWT, Rasul, al-Quran dan hadis.

“Bagi filem Mentega Terbang, saya bukan sahaja menonton, tetapi turut meneliti setiap isi tersirat dalam kandungannya. Saya dapati daripada awal hingga akhir mempunyai elemen ‘blasphemy’ ke atas ajaran Islam.

“Jadi, ia boleh dianggap sudah meremehkan hukum Islam, sekali gus mengisytihar perang dengan Allah SWT apabila ada sesiapa cuba menyebarkan elemen yang boleh menggugat akidah ini,” dakwanya.

Zabidi menjelaskan, apa sahaja perkara yang dilihat mampu menjejaskan reputasi Islam perlu segera dibanteras supaya tidak dinormalisasikan oleh masyarakat.



“Sekiranya senyap, ia boleh timbul lagi pada masa akan datang, akhirnya masyarakat menganggapnya sebagai perkara biasa.

“Isu ini perlu dibanteras dengan sebaik mungkin dan tidak boleh dipandang remeh oleh pihak produksi terutama umat Islam.

“Paling penting, penggiat industri kreatif perlu sentiasa menyatakan bantahan terhadap karya merendahkan kesucian Islam,” katanya.

Ditanya sokongan diterima, Zabidi berkata, pelbagai pihak menghubunginya untuk menghulurkan bantuan.



“Ramai peguam menghubungi saya, malah ada memuat naik dalam media media sosial dengan menyatakan kesediaan membantu.

“Ada juga menawarkan khidmat guaman pro bono (secara percuma), selain memberi kata semangat untuk meneruskan perjuangan ini.

“Saya bersyukur persatuan industri kreatif menunjukkan sokongan dan menyatakan tidak setuju dengan filem menghina Islam,” katanya.

Zabidi berkata, dia sudah menerima notis saman yang menuntutnya memadam kenyataan dalam Facebook, selain diminta membuat permohonan maaf secara terbuka dan membayar ganti rugi yang ditanggung produksi susulan tayangan filem Mentega Terbang ditarik balik di platform Viu pada 27 Februari lalu.

Sejak minggu lalu, filem berdurasi sejam 45 minit menjadi bualan hangat kerana mengandungi babak seorang bapa yang berfikiran terbuka apabila tidak menghalang anak memilih agama, di mana perbuatan itu bertentangan dengan agama Islam.

Selain Mohd Khairi, empat lagi individu yang terbabit dalam penghasilan filem Mentega Terbang iaitu Tan Meng Kheng, T Arjun, R Vishnuvarman dan Ti-Teng Hui menafikan sebarang dan semua bentuk dakwaan bahawa filem itu sama sekali berusaha untuk menghujat, mengkufur dan berhasrat untuk mewujudkan budaya murtad dalam kalangan orang Islam seperti didakwa Zabidi.

Zabidi juga perlu memberi maklum balas dalam masa 48 jam dari tarikh notis ini dikeluarkan pada 3 Mac lalu.

Terdahulu, FINAS mendedahkan penerbit filem Mentega Terbang iaitu Anomalist Production dan Meng Kheng Entertainmet, tidak memohon Surat Perakuan Penggambaran (SPP) serta tiada lesen pengeluaran filem daripada agensi terbabit dalam menghasilkan naskhah kontroversi itu.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dilaporkan memanggil penerbit filem Mentega Terbang yang didakwa bertentangan dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang memegang Mazhab Syafie. BH

Zabidi lawan Mentega Terbang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama

Fizz Fairuz kena sembur dengan Along

Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker