Ismail mahu kerjaan kaji semula cukai barang mewah

Ismail mahu kerjaan kaji semula cukai barang mewah

Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) menggesa kerajaan untuk menilai semula cadangan untuk mengenakan cukai ke atas barang mewah, seperti yang dinyatakan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2023.

Bekas perdana menteri itu berkata cukai tersebut akan memberi kesan buruk kepada hasil yang dijana dari sektor pelancongan.

Menyifatkan Malaysia sebagai “syurga beli-belah” bagi pelancong asing, dia berkata cukai itu akan menyebabkan mereka lari ke negara jiran yang lain.

“Sebagai contoh, sektor peruncitan di United Kingdom (UK) terjejas teruk apabila kerajaan perkenalkan cukai barang mewah.

“Menurut laporan Wall Street Journal, pelancong asing khususnya dari Amerika Syarikat memilih Paris dan Milan sebagai lokasi membeli-belah berbanding London (selepas cukai itu diperkenalkan),” katanya ketika perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Dia berkata selepas kerajaan UK tidak lagi membenarkan pelancong asing membuat tuntutan Cukai Nilai Tambah (VAT) untuk barangan yang dibeli mereka, ramai yang kemudiannya memilih untuk membeli-belah di ibu kota negara Eropah yang lain. Mk

[Berita lanjut menyusul]

Ismail mahu kerjaan kaji semula cukai barang mewah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Ingat LRT bapak kau punya”

A Aida takkan beri ‘job’ kepada Hafidz Roshdi

Syamsul enggan cerai Puteri Sarah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker