Wetland Studios Putrajaya dibuka 1 Mei

Wetland Studios Putrajaya dibuka 1 Mei

Maskot bernama KiKaKo Kids secara rasminya diperkenalkan kepada umum baru-baru ini sebagai tarikan pelancong untuk Wetland Studios Putrajaya yang terletak di dalam Taman Wetland Putrajaya.

Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Fadlun Mak Ujud sewaktu menyempurnakan majlis pelancaran berkata, pihaknya berasa sangat teruja dengan pendekatan digunakan KRU Group selaku pemilik bersama untuk mempromosikan taman tema tersebut.



“Kami sangat teruja dengan pendekatan dibuat oleh KRU. Mereka bukan sahaja bagus membuat perancangan strategik, tetapi juga keupayaan dalam membentuk kerjasama dengan pelbagai organisasi besar.

“Termasuklah jalinan penglibatan syarikat rakaman Universal Music, bagi mempromosikan taman bencah dan taman rekreasi kami dalam konteks yang lebih menyeluruh,” ulas beliau.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KRU Group, Datuk Norman Abdul Halim menjelaskan, taman berkonsep didik hibur tersebut akan menyajikan pelbagai jenis informasi dan pengetahuan berkenaan kehidupan bumi.

Para pengunjung akan menempuhi satu pengalaman unik dan berbeza jika dibandingkan dengan taman-taman tema sedia ada.



“Mereka akan dibawa memasuki alam hibrid secara maya dan fizikal, tetapi pada masa sama dapat mendalami tentang sejarah bumi dan makhluk yang hidup di permukaannya.

“Terutamanya, taman tema berkonsep didik hibur ini akan memupuk kesedaran tentang peranan kepentingan air terhadap ekosistem pelbagai hidupan seperti mamalia, reptilia, amfibia, ikan, burung, pokok, bunga dan lain-lain,” katanya.

Sementara itu menjelaskan serba sedikit tentang maskot taman tema tersebut, KiKaKo terdiri daripada tiga watak iaitu Kiki, Kaka dan Koko yang merupakan titisan air tinggal di awan.

“Tujuan ketiga-tiga maskot ini diwujudkan sebagai gambaran perspektif luas seperti dilihat titisan-titisan hujan tersebut yang berada tinggi di langit biru,” kata Norman menjelaskan peranan KaKiKo Kids.



Tarikan di Wetland Studios Putrajaya merangkumi aset fizikal seperti replika haiwan animatronik serta hiasan berkonsepkan alam semula jadi.

Lebih canggih, seperti mana penonton menyaksikan karya-karya milik KRU, taman tema tertutup berkenaan turut memanfaatkan kemajuan teknologi seperti hologram, realiti tambahan (AR), realiti campuran (MR) serta realiti maya (VR) dan juga kandungan digital animasi KiKaKo Kids sebagai tarikan.

Sempena Hari Terbuka Putrajaya 2023, Wetland Studios Putrajaya menawarkan diskaun 20 peratus untuk pengunjung yang membuat pendaftaran awal dan boleh ditebus bermula 1 hingga 31 Mei 2023. K Online

Wetland Studios Putrajaya dibuka 1 Mei



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ceramah Ustaz Wadi Annuar pula dibatalkan di Selangor



Rasa Macam Nak Bagi Penampar, Awie Naik Angin

Tetamu tidak hadir majlis perkahwinan, Pengantin rugi RM121,000



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker