“Ingat LRT bapak kau punya”

Wanita dikecam, tak mahu alih beg dalam LRT

“Ingat LRT bapak kau punya”

Seorang pengguna Transit Aliran Ringan (LRT) dianggap mementingkan diri sendiri apabila memenuhi tempat duduk dengan pelbagai beg tanpa menghiraukan pengguna lain.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @bckupacc99 di akaun Twitternya, kelihatan ramai pengguna di dalam LRT tersebut terpaksa berdiri kerana tidak mempunyai tempat duduk.



Walaupun dalam situasi tersebut, pengguna terbabit dilihat tidak mengalihkan beg malah leka bermain telefon bimbitnya.

“Orang sudah pandang, tetapi dia buat tidak tahu sahaja. ‘Common sense’ lah sikit orang nak duduk terus kau letak ‘paper bag’ di sebelah,” tulis pengguna dalam kapsyennya.

Sehingga kini ciapan tersebut telah mendapat 3,830 perkongsian dan 4,417 tanda suka.

Meninjau ke ruangan komen, Kosmo! mendapati ramai yang mengecam wanita terbabit dan ada juga yang minta untuk membuat teguran sebelum membuat sebarang spekulasi.



“Saya pengguna LRT setiap hari, memang wujud manusia sebegini. Kalau saya nak duduk biasanya akan angkat sahaja beg itu letak bawah,” komen Faliq.

“Benda boleh tegur kenapa tidak tegur. Tidak mungkin dia berkeras tidak bagi,” komen seorang pengguna. K Online

“Ingat LRT bapak kau punya”

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ceramah Ustaz Wadi Annuar pula dibatalkan di Selangor

Rasa Macam Nak Bagi Penampar, Awie Naik Angin



Tetamu tidak hadir majlis perkahwinan, Pengantin rugi RM121,000



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker