Cikgu wanita buat ‘projek’ dengan skandal dicekup suami

Wanita tersebut dibawa anggota penguat kuasa ketika dicekup bersama kekasihnya di sebuah bilik hotel di Bengkulu pada Khamis lalu. – TribunBengkulu

BENGKULU – Rahsia seorang guru wanita di Bengkulu Tengah yang menjalin hubungan sulit akhirnya terbongkar apabila suaminya sendiri melakukan serbuan bersama anggota polis di bilik sebuah hotel ketika dia bersama dengan kekasih gelapnya, lapor laman berita Tribunjatim hari ini.

Menurut laporan, si suami telah merancang untuk melakukan serbuan itu setelah dia curiga dengan tingkah laku isterinya yang berubah sejak beberapa bulan lalu.

Ia menyebabkan dia membaca kandungan mesej pada aplikasi WhatsApp milik wanita tersebut secara diam-diam.

Setelah meneliti kandungan aplikasi itu, dia mengetahui bahawa isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain yang menyebabkan si suami mengikuti pergerakan si isteri ke sebuah hotel.



Wanita berkenaan kemudian dilihat memasuki sebuah bilik bersama seorang lelaki lain.

Suaminya kemudian meminta pihak pengurusan hotel kebenaran untuk melakukan serbuan secara bersendirian namun, dia tidak dibenarkan bertindak demikian yang menyebabkannya membuat laporan polis. Lelaki itu kemudian melakukan serbuan bersama anggota pihak berkuasa di bilik tersebut.

Ketika pintu bilik dibuka, isteri dan kekasihnya berada dalam keadaan panik kerana rahsia mereka telah terbongkar.

Wanita itu dan kekasihnya kemudian dibawa ke balai polis untuk tindakan selanjutnya. – Agensi



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama

Fizz Fairuz kena sembur dengan Along



Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker