Kerajaan PH Selangor nafi campur tangan pembatalan ceramah Ustaz Wadi Annuar

Kerajaan negeri Selangor nafi campur tangan dalam keputusan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung isu larangan penceramah bebas mengadakan ceramah di surau atau masjid di negeri berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keputusan itu dibuat di bawah kearifan bidang kuasa JAIS termasuk dari segi pendaftaran dan pemeriksaan yang dikelolakan oleh Bahagian Pentauliahan agensi itu.

“Ustaz Mohamad Wadi (penceramah bebas) kena tanya Pengarah JAIS, saya tidak pasti sebab program sedemikian di bawah kelolaan JAIS.



“Saya tidak pasti sebab hal-hal ini adalah hal teknikal sebab pendaftaran, pemeriksaan itu semua dikelolakan oleh JAIS Bahagian Pentauliahan dan biasanya mereka ada perinciannya,” katanya ketika ditemui pada Program #KitaSelangor Penyayang di Banting Waterfront di sini pada Ahad.

Pada Ahad, pentadbir laman Facebook penceramah bebas, Mohamad Wadi Annuar Ayub memaklumkan semua ceramah Mohamad Wadi di Selangor dibatalkan manakala di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya diteruskan.

Ceramah yang dibatalkan di Selangor itu dijadualkan berlangsung pada 10 Mac di Masjid Salahuddin Abdul Aziz dan 11 Mac di Padang Astaka Tanjung Karang.

Dalam pada itu, Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shazihan Ahmad ketika dihubungi Sinar Harian berkata, semua individu yang mengajar tentang agama di Selangor perlu mematuhi undang-undang dan peraturan ditetapkan.



Menurutnya, ketetapan itu tertakluk kepada undang-undang dan peraturan berkuat kuasa di Selangor.

“Kita seorang yang beragama perlu menghormati sistem, jika permohonan (untuk mengadakan ceramah dibuat) masih dalam proses kena tunggu sehingga ia selesai.

“Mana boleh hanya sebab jika dia ‘public figure’ dan semua proses itu perlu dipendekkan, kita kena hormat semua pihak dan juga perlu menghormati sistem yang telah ditetapkan,” katanya.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama



Fizz Fairuz kena sembur dengan Along

Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker