Tembakan bawah mata sebabkan isteri Lans Koperal maut serta-merta

 

KANGAR – Polis mengenal pasti satu das tembakan mengenai bawah mata kiri menyebabkan kematian isteri kepada seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal yang ditemukan di dalam bilik tidur di rumah keluarga mangsa di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat dekat sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, tembakan itu dipercayai dilepaskan kira-kira jam 7 pagi tadi mengakibatkan mangsa mati serta-merta.

“Ketika kejadian terdapat suspek dan isteri serta bapa dan ibu mangsa di dalam rumah terbabit.

“Suspek melepaskan beberapa das tembakan namun hanya satu tembakan mengenai bawah mata kiri menyebabkan mangsa maut.

“Suspek berusia 27 tahun berpangkat Lans Koperal bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis telah ditahan dan akan mendapatkan reman esok (Isnin),” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Yusharifuddin berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar, untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Bagaimanapun jelas Yusharifuddin, polis masih menjalankan siasatan bagi mengetahui motif kejadian.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama

Fizz Fairuz kena sembur dengan Along

Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker