Sedikit peningkatan, 1,278 kes baru, dua kematian

Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan sebanyak 1,278 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,454,113..

Jumlah kes aktif pula adalah sebanyak 27,455, turun 67.8 peratus jika dibandingkan dengan 14 hari lalu.

Jumlah kes baru berdasarkan negeri adalah seperti berikut:



Selangor (719)

Kuala Lumpur (152)

Melaka (76)

Pulau Pinang (65)



Negeri Sembilan (41)

Perak (41)

Kedah (40)

Johor (37)



Sabah (26)

Sarawak (24)

Kelantan (19)

Terengganu (18)



Pahang (9)

Perlis (7)

Putrajaya (3)

Labuan (1)



Sebanyak dua kes kematian dilaporkan semalam, dengan tiada pesakit meninggal dunia sebelum dirawat di hospital (BID).

Sejak minggu lalu, purata 4.7 orang dilaporkan meninggal dunia, sementara purata untuk 30 hari pula adalah sebanyak 13.6, yang menunjukkan trend penurunan.

Sejak pandemik Covid-19 melanda pada Mac 2020, sebanyak 35,569 kematian akibat Covid-19 telah direkodkan.

Sebanyak 22 kematian akibat wabak ini dilaporkan bulan ini. Sebagai perbandingan, 564 kematian dilaporkan bulan lalu dan 2,23 kematian pada Mac.



Seramai 964 pesakit Covid-19 yang sedang menerima rawatan di hospital di mana 66 sedang mendapat rawatan rapi (ICU).

Bilangan pesakit dalam ICU pada masa ini adalah paling rendah sejak 8 Oktober 2020.

Negeri dengan kemasukan hospital tertinggi semalam adalah Selangor (97), disusuli Johor (77) dan Sabah (58).

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘DINA’, ‘MIRA’ dan ‘J3H3’ disita

Misteri duit syiling timbul di permukaan tanah

Hilang ibu bapa berselang 12 jam di Aidilfitri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker