Ceramah Ustaz Wadi Annuar pula dibatalkan di Selangor

Ceramah Ustaz Wadi Annuar pula dibatalkan di Selangor

SELEPAS ceramah Ustaz Azhar Idrus (UAI) dibatalkan di Selangor baru-baru ini, ceramah seorang lagi penceramah bebas yang popular, Mohamad Wadi Annuar yang dijadualkan akan diadakan di Selangor pada 10 dan 11 Mac ini turut dibatalkan.

Beliau yang dikenali sebagai Ustaz Wadi Annuar berkata, dua lokasi itu ialah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam dan Padang Astaka Tanjung Karang, Selangor.



Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan sebab pembatalan ceramah berkenaan.

“Dimaklumkan bahawa semua ceramah al-Fadhil Ustaz Wadi Annuar bertempat di Negeri Selangor telah dibatalkan.

“Manakala ceramah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan dijalankan seperti biasa. Segala kesulitan amat dikesali,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Sebelum ini, kuliah maghrib penceramah popular, Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang dijadualkanp ada 26 Februari di Masjid Tengku Ampuan Bukit Jelutong juga dibatalkan.



Menurut Facebook rasminya, Kuliah Maghrib Perdana UAI itu terpaksa dibatalkan atas kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

JAIS kemudiannya mengesahkan UAI tidak mempunyai tauliah untuk mengajar agama Islam di negeri ini. Utv

Ceramah Ustaz Wadi Annuar pula dibatalkan di Selangor

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama

Fizz Fairuz kena sembur dengan Along



Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker