Pukul Isteri Hingga Lebam Kerana Tegur Marah Anak

Pukul Isteri Hingga Lebam Kerana Tegur Marah Anak

Gara-gara menegur suami supaya tidak memarahi anak mereka ketika sedang makan, seorang wanita lebam di kepala dan tangan kerana dipukul lelaki itu, semalam.

Menerusi laporan Harian Metro, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 1 tengah hari di rumah mereka di Taman Melawati. Lelaki tersebut berjaya ditahan oleh pihak polis pada hari yang sama.



Difahamkan ketika kejadian, mangsa menegur suaminya agar tidak memarahi anak mereka yang berusia tiga dan 10 tahun di meja makan. Berikutan daripada itu, suspek dipercayai tidak berpuas hati kemudian memarahi mangsa.

Dia turut memukul isterinya di kepala dan tangan beberapa kali. Suspek hanya berhenti memukul selepas mangsa memberitahu akan menghubungi keluarganya.

Mangsa yang ketakutan kemudian keluar dari rumah bersama anak, apabila suspek memasuki bilik dan mengambil parang.

Dia kemudian membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati untuk tindakan selanjutnya.



Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak mengesahkan penahanan suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga.
Sumber: Harian Metro

Pukul Isteri Hingga Lebam Kerana Tegur Marah Anak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ceramah Ustaz Wadi Annuar pula dibatalkan di Selangor

Rasa Macam Nak Bagi Penampar, Awie Naik Angin



Tetamu tidak hadir majlis perkahwinan, Pengantin rugi RM121,000

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker