Pembantu Wan Saiful didakwa kerana gagal hadir ke SPRM

Pembantu Wan Saiful didakwa kerana gagal hadir ke SPRM

Seorang penyelidik bebas kepada Wan Saiful Wan Jan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan didakwa gagal hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan terhadapnya.

Shafiq Abdul Halim didakwa mengikut Seksyen 48(c) Akta SPRM, di mana dia dituduh tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pegawai SPRM, Shahidan Saparudin untuk hadir ke pejabat anti rasuah untuk direkodkan keterangannya.

Kesalahan itu didakwa berlaku pada 3 Mac.

Jika sabit kesalahan, Shafiq boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

Hakim Suzana Hussin membenarkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan Shafiq menyerahkan pasportnya kepada mahkamah sementara menunggu kes selesai.

Mahkamah menetapkan 7 April untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib menggesa mahkamah mengeluarkan perintah larangan (gag order) terhadap Shafiq, bagi menghalangnya daripada membuat sebarang kenyataan mengenai kes mahkamahnya.

Bagaimanapun, peguam Shafiq, Chetan Jetwani membantah permohonan perintah gag itu, berkata perintah yang diminta oleh pihak pendakwaan adalah terlalu kabur.

Suzana kemudiannya memberitahu pihak pendakwaan untuk memfailkan permohonan rasmi bagi perintah larangan itu.

Minggu lalu, Shafiq ditahan SPRM kerana didakwa menghalang siasatan.

Penahanan Shafiq dibuat selepas dia mendakwa dalam video Tiktok, SPRM menawarkan Wan Saiful RM10 juta untuk mengubah kenyataannya kepada pihak berkuasa dan mengaitkan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dalam kes rasuah.

Shafiq kemudiannya memohon maaf kepada SPRM, mengatakan dia telah “tersalah cakap” dan mendakwa video TikTok itu telah disunting oleh cybertroopers Pakatan Harapan.

Wan Saiful, merupakan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, dibicarakan bulan lepas atas dua pertuduhan rasuah berhubung program Jana Wibawa. FMT

Pembantu Wan Saiful didakwa kerana gagal hadir ke SPRM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ceramah Ustaz Wadi Annuar pula dibatalkan di Selangor

Rasa Macam Nak Bagi Penampar, Awie Naik Angin

Tetamu tidak hadir majlis perkahwinan, Pengantin rugi RM121,000

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker