Tommy Dan Mahathir Aniaya Najib Dalam kes pinda Laporan Audit Akhir 1MDB

Pihak pendakwa terpaksa meminda pertuduhan mereka tiga kali dalam tempoh dua tahun

Oleh Norzahira

KES pinda Laporan Audit Akhir 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dilihat sengaja dicipta untuk menyusahkan dan menganiaya Datuk Seri Najib Tun Razak. Jika diteliti 4 pindaan tersebut, sememangnya terlalu susah untuk mencari perbezaannya namun Tommy tetap mendakwa Najib atas perkara karut tersebut. Beliau dilihat berniat jahat menganiaya Najib. Pendakwaan tersebut bermotifkan politik dan rakyat tahu siapa dibelakangnya.

Akhirnya Mahkamah Tinggi membebaskan Najib dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy daripada tuduhan meminda Laporan Pengauditan Akhir 1MDB.



Hakim Mohamed Zaini Mazlan yang kini Hakim Mahkamah Rayuan, membuat keputusan itu di akhir kes pendakwaan selepas mendapati pendakwaan tidak berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Najib dan Arul Kanda.

Masihkah kita ingat sumpah laknat yang dilafazkan oleh Najib? Dalam sumpah laknat yang dibuatnya ketika itu, beliau meminta Allah “menjahanamkan” dirinya di dunia dan akhirat sekiranya berbohong. Bahkan beliau juga meminta pihak-pihak yang memfitnahnya turut dilaknat oleh Allah selagi mereka tidak meminta maaf.

“Ayat itu berat hendak sebut, tetapi saya sebut juga. Sebab saya hendak tegakkan kebenaran, sebab saya tidak ada cara lain. Terlalu banyak sangat fitnah. Itu senjata terakhir saya dan Allah akan tunjukkan siapa yang benar.” – Najib



Bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad menjadi saksi pihak pendakwa dalam kes pinda Laporan Audit tersebut. Beliau dilantik sebagai Ketua Audit Negara oleh kerajaan Najib pada 23 Feb 2017 untuk tempoh dua tahun. Namun beliau dilihat turut bersekongkol menganiaya Najib. Walaupun beliau bekerjasama dengan kerajaan PH, tempoh beliau tidak dilanjutkan dan beliau telah diganti pada 22 Feb 2019 – hanya 3 bulan selepas Najib didakwa. Suami Madina adalah Ketua UMNO Bahagian Kepong dan Timbalan Pengerusi Tetap UMNO yang meninggal dunia akibat Covid pada 21 Mei 2021. Beliau sendiri juga dimasukkan ke hospital kerana Covid ketika itu.

Doa orang yang teraniaya tiada hijab, apatah lagi sumpah insan yang teraniaya.

Mengimbas kembali apa yang peguam Najib Shafee Abdullah, soal Madinah di mahkamah semasa perbicaraan laporan Audit 1MDB.

Muhammad Shafee: You went to see Dr Mahathir (the then PM in 2018) as you realised everyone was getting the “chop” (people allegedly removed from posts following the PH electoral victory in 2018). You wanted to protect your tenure and you became another “Datuk Nor Salwani Muhammad” to curry favour with the then PM (Dr Mahathir).

Madinah replied, “I disagree”.

Then Madinah briefed the cabinet on Nov 23, 2018 where she agreed that the then PH govt had already determined Najib to be guilty of instructing the previous Auditor General to amend the 1MDB audit report.

Pelbagai kenyataan media kemudiannya dikeluarkan ketika itu menuduh Najib melakukan jenayah ini dan laporan dibuat oleh kerajaan kepada SPRM.

PAC parlimen kemudian memanggil bekas Ketua Audit Negara Ambrin untuk memberi keterangan pada 4 Dis 2018 di mana Ambrin memberitahu PAC bahawa beliau tidak pernah diarahkan oleh sesiapa pun untuk menukar laporan audit dan bahawa apa-apa perubahan adalah minimum dan tidak memberi kesan.



Orang ramai tidak akan tahu tentang keterangan Ambrin kepada PAC sehinggalah minit mesyuarat PAC itu dibentangkan di mahkamah kerana PAC memutuskan untuk menghentikan prosiding mereka mengenai perkara ini hanya seminggu kemudian pada 12 Dis (hari yang sama Najib didakwa), mendakwa perkara itu kini di mahkamah dan tidak wajar PAC diteruskan.

Bagaimanapun, Tommy Thomas masih meneruskan mendakwa Najib atas “jenayah” menyalahgunakan kuasanya untuk mengarahkan Ambrin menukar laporan audit pada 12 Dis 2018 walaupun Ambrin memberi keterangan kepada PAC seminggu lebih awal.

Selepas 4 tahun turun naik perbicaraan mahkamah, hakim akhirnya membebaskan Najib tanpa diminta membela diri. Hakim mendapati Najib tidak pernah mengarahkan sesiapa dan perubahan itu adalah kecil, tidak material malah tidak berasas sebagaimana yang diberitahu Ambrin kepada PAC pada 4 Dis 2018, seminggu sebelum Najib didakwa.

Perbicaraan itu sendiri adalah satu sandiwara di mana pihak pendakwa terpaksa meminda pertuduhan mereka tiga kali dalam tempoh dua tahun kerana seorang demi seorang saksi pendakwaan terus memberikan keterangan yang memihak kepada Najib.



Pendakwa raya yang diketuai oleh Gopal Sri Ram menjadi sangat terdesak sehingga menjelang akhir perbicaraan, mereka memutuskan untuk turut memanggil Arul Kanda yang merupakan pihak pembela sebagai saksi pendakwaan juga dengan harapan beliau sekurang-kurangnya boleh berkata sesuatu yang negatif mengenai Najib. Namun perkara sebaliknya berlaku apabila Arul memberikan keterangan yang ternyata benar-benar memihak kepada Najib.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker