Kerajaan Perak nafi aniaya pekebun haram di tanah kerajaan

IPOH: Kerajaan Perak sentiasa komited menyelesaikan isu tuntutan sekumpulan setinggan pertanian yang melakukan aktiviti pertanian secara haram di atas tanah milik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk).

Ketua Eksekutif PKNPk Redza Rafiq Abdul Razak berkata dakwaan berlaku penganiayaan dan pengusiran secara paksa adalah tidak benar memandangkan kerajaan negeri melalui perbadanan itu telah mengadakan siri rundingan serta libat urus bagi menyelesaikan isu berkenaan yang sudah berlarutan selama lebih 11 tahun.

“Peruntukan lebih RM700,000 dibelanjakan bagi mewujudkan kawasan baharu sebagai lokasi alternatif untuk aktiviti pertanian, namun tawaran itu ditolak oleh kumpulan berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Ia susulan laporan sekumpulan petani di negeri ini mengadakan protes di luar Parlimen pada Selasa lalu, mendesak kerajaan campur tangan dalam rancangan kerajaan negeri menukar kebun mereka menjadi kawasan perindustrian dan perumahan.

Kumpulan yang mendakwa mewakili 250 petani di Perak itu berkata kawasan seluas 1,600 ekar berkenaan diusahakan untuk hasil tanaman sejak lebih 80 tahun lepas.

Sementara itu Redza Rafiq berkata PKNPk turut menerima memorandum daripada penduduk setempat termasuk di Taman Chepor Sentosa di sini yang mengadu sering berdepan bencana serta kemusnahan harta benda akibat banjir kilat susulan aktiviti pertanian tidak terkawal di kawasan berkenaan.

“Perlu dijelaskan bahawa kerajaan Perak sentiasa komited memastikan ketersediaan sumber makanan mencukupi, malah Perak adalah negeri pertama yang melancarkan Pelan Tindakan Sekuriti Makanan sebagai usaha bagi mengurangkan kebergantungan kepada makanan import,” katanya.

Beliau berkata aspek keterjaminan makanan menjadi salah satu daripada enam agenda utama pelan pembangunan Perak Sejahtera 2030 yang menggariskan pelbagai inisiatif memperkasa industri asas tani, termasuk penubuhan Akademi Sekuriti Makanan dan pembinaan hub daging halal.

“Kerajaan Negeri Perak amat menitikberatkan peri pentingnya amalan dan prosedur perancangan serta penggunaan tanah yang betul dan kekal komited untuk menegakkan kedaulatan undang-undang serta memastikan penggunaan sumber tanah yang adil dan saksama,” menurut kenyataan itu lagi.

PKNPk adalah agensi utama kerajaan yang diamanahkan untuk menerajui pembangunan ekonomi dan pertumbuhan sosioekonomi di Perak.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kak KM maki suami langgar kereta kesayangan? (Video)

Abah pilih dia ceraikan mak dan anak-anak sekali

Azhar Ali kembali ‘Scam’ jadi Perdana Fellow Di MITI?

Aisar Khaled payung ‘rider makanan’ motosikal baharu selepas motorsikal lama disita JPJ [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker