Berhentilah mengigau nak jatuhkan kerajaan – J-Kom

Berhentilah mengigau nak jatuhkan kerajaan – J-Kom

Akta antilompat parti yang berkuat kuasa mulai 5 Okt 2022 akan menyukarkan PAS mengatur langkah menumbangkan kerajaan perpaduan Anwar Ibrahim, kata Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom).

Ketua Pengarah J-Kom Mohammad Agus Yusoff berkata cubaan pembangkang terbabit juga akan berdepan dengan lebih banyak kesukaran kerana perdana menteri memiliki sokongan dua per tiga ahli Dewan Rakyat.

Justeru bekas ahli akademik itu menasihatkan para pemimpin PAS agar tidak lagi “mengigau” untuk menjatuhkan kerajaan seperti pernah dilakukan mereka pada 2020.

“Jika begitu senarionya, berhentilah mengigau untuk menjatuhkan kerajaan ini.

“Jika hendak berpolitik pun, tunggulah PRU ke-16 nanti, biar kerajaan stabil dulu.

“Buat masa sekarang jadilah pembangkang yang membina untuk membangunkan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pandangan itu muncul sehari selepas Presiden PAS Abdul Hadi Awang menganggap titah Yang di-Pertuan Agong – agar kestabilan politik dikembalikan serta tiada lagi pelantikan perdana menteri baru di luar pilihan raya – sebagai tidak muktamad.

Bekas duta khas bertaraf menteri itu juga menganggap tindakan menukar kerajaan sebagai sesuatu yang “biasa” dalam politik.

“Itu satu kenyataan politik dan biasa berlaku dalam politik. Undi tidak percaya dan dapatkan SD (akuan berkanun), penyokong kerajaan berpaling tadah itu (biasa) berlaku.

“Kita melihat ada tanda-tanda yang menunjukkan dalam kerajaan campuran yang ada ini perasaan tidak puas hati bersama-sama komponen sendiri, ada berlaku,” katanya.

Tolak ekstremisme, tunggang agama

Untuk rekod pada Okt 2022 Abdul Hadi pernah mengaku secara terbuka yang dia merupakan individu bertanggungjawab memulakan langkah menjatuhkan kerajaan PH selepas gabungan itu memperoleh mandat pada PRU ke-14.

Mohammad Agus berkata dalam keadaan sekarang semua pihak perlu memastikan agar kerajaan tetap stabil kerana kegagalannya akan menyebabkan pelabur enggan datang ke sini.

Kerajaan sekarang juga, tambahnya, menekankan aspek perpaduan rakyat dan tegas menolak ekstremisme agama dan kaum, rasisme, penderhakaan terhadap Agong dan amaan menunggang agama serta bangsa.

Pertukaran kerajaan pula, kata Mohammad Agus, sepatutnya berlaku melalui PRU.

“Dalam sistem demokrasi, menukar kerajaan adalah melalui pilihan raya.

“Selepas pilihan raya, semua parti perlu bekerjasama untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat dan negara.

“Nanti apabila datang PRU berikutnya, serahkanlah semula mandat kepada rakyat untuk membuat pilihan. Takkan itu pun tidak faham?” katanya. Mk

Berhentilah mengigau nak jatuhkan kerajaan – J-Kom

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Ingat LRT bapak kau punya”

A Aida takkan beri ‘job’ kepada Hafidz Roshdi

Syamsul enggan cerai Puteri Sarah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker