Perpisahan kuasa peguam negara, pendakwa raya dalam perbincangan – Azalina

Azalina Othman Said berkata perbincangan dengan semua pihak berkepentingan perlu dilakukan untuk menilai sejauh mana dasar akan dilaksanakan serta jangka masa bagaimana ia dilaksanakan.

Perpisahan kuasa peguam negara, pendakwa raya dalam perbincangan – Azalina

Kerajaan perlu berbincang dengan semua pihak berkepentingan sebelum pemisahan peranan peguam negara dan pendakwa raya dilaksanakan bagi memastikan pencapaian hasil yang diingini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, berkata seperti Akta Perkhidmatan Parlimen 1963, kebanyakan pegawai di Parlimen tidak setuju kewujudan pengkhususan jabatan tertentu.

“Mereka inginkan di bawah kerajaan secara menyeluruh. Jadi dalam akta berkenaan, kita perlu adakan perbincangan. Sama juga dengan isu peguam negara, kemungkinan Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak mahu pengkhususan tersebut. Oleh itu, kita perlu berbincang.

“Perbincangan perlu dilakukan untuk menilai sejauh mana sekiranya pemisahan peranan itu dilakukan, dan sejauh mana akan dilaksanakan serta jangka masa bagaimana ia akan dilaksanakan,” katanya ketika menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan) mengenai perkembangan dasar pemisahan kuasa peguam negara dengan pendakwa raya.

Terdahulu, Azalina berikrar menangani isu undang-undang lapuk dan melaksanakan pindaan diperlukan supaya relevan dengan keadaan semasa ketika dilantik menjadi menteri undang-undang dan reformasi institusi.

Katanya, pindaan itu termasuk pemisahan kuasa peguam negara dengan pendakwa raya untuk memelihara kebebasan budi bicara pendakwa raya.

Pelbagai pihak turut menggesa kedua-dua peranan itu dipisahkan demi mengekalkan kebebasan pendakwa raya.

September lalu, Bersih mendesak kerajaan melaksanakan pengasingan kuasa itu berkuat kuasa serta-merta, dengan menyatakan AGC menubuhkan jawatankuasa kerja untuk meneliti perkara itu tahun lalu.

Badan pemantau pilihan raya itu memetik sentimen orang ramai berhubung keputusan mahkamah yang melepas tanpa membebaskan Ahli Parlimen Umno Abdul Azeez Abdul Rahim susulan permohonan timbalan pendakwa raya pada 23 Sept lalu.

Ia juga merujuk keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi daripada semua pertuduhan rasuah dalam kes sistem visa luar negara (VLN) pada hari sama. Pihak pendakwaan telah memfailkan rayuan.

Dalam pada itu, Azalina berkata, pihaknya sedang menjalankan kajian untuk menggubal RUU Pembela Awam bagi menawarkan perkhidmatan bantuan guaman dalam kes jenayah secara holistik supaya peluang mendapat akses kepada keadilan diberikan kepada semua, khususnya yang kurang berkemampuan. FMT

Perpisahan kuasa peguam negara, pendakwa raya dalam perbincangan – Azalina

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Musa Hassan beri amaran jangan masuk campur urusan keluarga [VIDEO]

Logo rahsia beruang pada coklat Toblerone

Didakwa gigit ‘kemaluan wanita’, anak billionair dipanggil polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker